Filem Duyung Kembali Dengan Sekuel Selepas 16 Tahun
Filem Malaysia yang menjadi satu fenomena 16 tahun yang lalu, Duyug kini bakal kembali pada tahun 2025 dengan sekuel berjudul Duyung: Lagenda Aurora.
KRU Studios telah mengesahkan bahawa penerbitan sekuel ini dijangka akan ditayangkan pada suku ketiga tahun hadapan. Pelakon-pelakon lagenda dari filem pertama Duyung turut kembali bersama sekuel ini. Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani dan Yassin Senario bakal disertai oleh Anna Jobling dan Ayie Floor 88 untuk sekuel ini. Selain itu, barisan pelakon seperti Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Ahli kumpulan Zero, Aniq Aqil, A. Shukoor Mohaideen dan Aidilia Hilda juga akan membuat kemunculan dalam sekuel ini.
Pengarah dan penulis skrip filem Duyung dan Duyung: Lagenda Aurora, Dato A. Razak Mohaideen berkata bahwa ramai yang menharapkan sekuel ini. Lebih-lebih lagi selepas kejayaan filem Duyung yang memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada 2008, anjuran Finas.
https://www.instagram.com/p/C_Z73PfJXQf/
Perasaan Anna Jobling Memegang Watak Aurora
Watak utama sekuel ini akan dimainkan oleh Anna Jobling. Dia akan memgang watak Aurora yakni anak kepada Puteri yang dilakonkan oleh Maya Karin. “Saya sangat gementar untuk membawa watak duyung, terutamanya kerana filem ini merupakan sekuel kepada filem menjadi satu fenomena dahulu. Tambahan pula, saya membawa watak anak kepada Maya Karin, yang sememangnya satu tanggungjawab besar.” ujar Anna dalam satu temu bual ketika sidang media filem Duyung: Lagenda Aurora yang lalu. Anna akan berganding bersama Ayie Floor 88 yang bakal memegang watak Dashman, anak kepada Jimmy dan Aspalela.
https://www.instagram.com/p/C_fvpbLvEYR/?img_index=1
Filem ini dikhabarkan akan menjalani penggambaran di 22 lokasi menakjubkan, termasuk Langkawi, Pulau Payar, Putrajaya, dan Lembah Klang. Dengan tempoh penggambaran dari 13 September hingga 13 Oktober 2024, filem ini merupakan salah satu projek besar yang dinantikan oleh peminat filem tempatan. Filem Duyung: Legenda Aurora akan menawarkan pengalaman sinematik yang memukau, penuh aksi, drama, dan keindahan alam bawah laut.
Pautan Berkaitan: Anna Jobling Dan Selebriti Dengan Solekan Paling Menawan Minggu Ini
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
