Related Stories
Pengasas Bersama Kiddocare, Mui Mahmud Meninggal Dunia
Muhaini Mahmud atau lebih mesra sebagai Mui Mahmud, seorang pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi baru-baru ini.
Allahyarham Muhaini yang berusia 44, meninggal dunia selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), susulan lemas dalam satu kejohanan triathlon Ironman di Langkawi pada hari sebelumnya.
Perlumbaan Ironman mengandungi tiga acara iaitu berbasikal, berenang dan larian marathon.
Arwah dilaporkan hampir lemas kerana keletihan ketika mengambil bahagian dalam disiplin renang bagi acara disertainya. Arwah dikatakan tidak menyedarkan diri selepas diselamatkan di Pantai Kok, Langkawi. Arwah kemudiannya dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal sebelum ditidurkan semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Sabtu lalu (7 Oktober).
Profil Mui Mahmud

Allahyarham lebih selesa dipanggil Mui merupakan seorang individu yang berkarisma tinggi dan tegas dalam bekerja. Allahyarham telah berkahwin dengan Rahman Hussin pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki beranam Mateen Maliq.
Menurut temubual yang pernah dilakukan bersama GLAM, Allahyarham pernah bekerja sebagai Pengarah Hal Ehwal Perhubungan Korporat di WestStar Group of Companies, malah memiliki ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta sarjana dalam Sains Aktuari di London
Mui Mahmud juga merupakan anak kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Prof Emerita Dr Sharifah Hapsah manakala bapanya pula adalah Prof Datuk Dr Mahmud Mod Nor yang pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor Univerisiti Sains Islam Malaysia.
Arwah menjadi pengasas bersama aplikasi pertama di Malaysia yang menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh kanak-kanak pada tahun 2019. Arwah bukan sahaja seorang yang bercita-cita tinggi dalam kerjaya, malah gemar bersukan dan pernah menyertai Selangor Duathlon 2023 serta berjaya memperlehi tempat ketiga bagi kategori wanita 45 tahun ke atas.
Quote kegemaran kami daripada Allahyarham adalah,
“Bagi saya hari ini perempuan boleh berdiri sebaris dengan mereka meskipun tidak mudah. Harus saya akui untuk ke depan banyak halangannya. Paling penting ialah anda harus berdiri teguh dan berusaha keras. Tiada jalan pintas! You have to work and you have to prove yourself. The only way is to show the results of everything that you do.”
Al-Fatihah kami ucapkan kepada arwah.
Artikel berkaitan: “Hari ini perempuan boleh berdiri sebaris dengan lelaki.” – Muhaini Mahmud
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
