GBC Love Wellness: Playlist Lagu Untuk Jiwa Yang Ingin Rehat
Camila Cabello Kembali Berpacaran Selepas Sembilan Bulan Hidup Solo
‘The Crown’, ‘The Mandalorian’ Mendahului Emmy 2021 Dengan 24 Nominasi
4 Kepercayaan & Diet Kesihatan Pelik Novak Djokovic
Sembilan Tahun Terseksa, Amanda Bynes Kini Bebas
Home > Gaya Hidup > Sofistikated, Lagi Tersendiri

Sofistikated, Lagi Tersendiri

It’s Chic, Galaxy Z Flip4 boleh diperibadikan menuruti karakter anda yang tersendiri menerusi edisi Bespoke-nya! — Athisha Khan.

Kehadiran Samsung Galaxy Z Flip4 dipertingkatkan mengikuti ciri kegemaran para pemiliknya, menjadikannya instrumen mutakhir untuk mengekspresikan diri dengan konstruksi rekaan bergaya clamshell yang kompak. Hadir diperkasa dengan sisi yang lebih dinamik daripada edisi sebelumnya, Galaxy Z Flip4 berkebolehan untuk mengambil swafoto berkualiti tinggi terus dari layar skrin penutup yang mana; memanfaatkan kamera utama bersama fitur tangkapan pantas yang dinaik taraf. Sofistikated, Lagi Tersendiri 03 Demikian, pemiliknya kini boleh memudahkan rakaman video berkualiti tinggi dalam mod Quick Shot, kemudian beralih ke mod Flex secara bebas tangan dengan melipatkan separuh Galaxy Z Flip4 untuk posisi menegak. Secara tidak langsung, mengimbangi golongan pengkarya kandungan dan vlogger untuk membuat kandungan tanpa peralatan tambahan. Sofistikated, Lagi Tersendiri 02 Ditawarkan dengan rona Graphite, Pink Gold, Bora Purple, dan Blue; turut menawarkan pengguna untuk mengolahkan gaya tersendiri menerusi himpunan Bespoke Edition yang boleh disuaipadan mengikut citarasa masing-masing. Kerangka bagi siri kali ini juga tampil dengan kemasan berkabut atau matte. Lantas, mengurangkan kesan cap jari pada segenap permukaannya.  Sofistikated, Lagi Tersendiri 04 Memudahkan rencana dalam mengolahkan idea kreatif, pengkarya kandungan digital seperti Athisha Khan menyifatkan telefon pintar boleh lipat tercanggih ini sebagai satu peranti yang serba serbi sofistikated, “It’s Chic, lantas boleh diperibadikan menuruti karakter anda yang tersendiri menerusi edisi Bespoke-nya!” Fungsi-fungsi kreativiti fotografi dan videografi ternyata menyempurnakan versi baharunya dengan fitur Single Take, Panorama, Slow-mo, Time-lapse serta Director’s View. Di samping itu, prestasi kameranya dalam situasi yang bercahaya malap juga boleh dipertingkatkan dengan kejelasannya menggunakan Night Mode. Secara tidak langsung memberikan piksel rona juga perincian resolusi yang lebih baik. https://youtu.be/V4wGGK8r4as Pautan berkaitan: Kuasa Berbilang Tugas