fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Hari Meditasi Di India, Bernard Chandran Myth Creation Lahir Dengan Makna Baharu
SILK: Pameran Skarf Sutera Salvatore Ferragamo
10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine
Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World’s A Little Blurry
Kenali Kumpulan K-Pop ILLIT, Bakal Rampas Takhta BLACKPINK?
Home > Gaya Hidup > Ini 5 Tayangan Baru di Netflix Minggu Ini

Ini 5 Tayangan Baru di Netflix Minggu Ini

Sesudah penat seharian bekerja, luangkan masa menonton drama bersiri baru di Netflix yang bakal tayang minggu ini!

Buat peminat filem dan drama, GLAM ada berita gembira. Pelbagai filem dan drama bersiri terbaru bakal ditayangkan minggu ini di Netflix. Jika anda peminat karakter kartun dari Jepun, Gudetama, akhirnya mereka tampil dengan siri karakter ini di Netflix. Dan jika anda peminat Noah Centineo, jangan lepaskan peluang untuk menonton siri THE RECRUIT! 

5 Filem/Drama Baru di Netflix Minggu Ini. Jom Lihat!

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1- Gudetama: An Eggcellent Adventure (13 Disember 2022)

Ini 5 Tayangan Baru di Netflix Minggu Ini

Ikuti perjalanan harian pasangan Gudetama dan Shakipiyo dalam menjalani hari-hari yang penuh mencabar. Tahu akan takdir hidup yang bakal berakhir di atas pinggan makan lantas menjadi sejenis hidangan, Gudetama punya impian sebenar dalam hidupnya iaitu menjalani kehidupan yang tenang dan bermalas-malasan sahaja. Dia dan Shakipiyo bertindak untuk meninggalkan tempat tinggal mereka lalu meneroka dunia sebenar, dan mencari ibu mereka! Dalam penerokaan tersebut, mereka mula mempelajari tentang kisah realiti sebenar dilahirkan sebagai telur. Gudetama mula menjadi risau akan masa depan hidupnya. 

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse