Arloji Royal Oak Selfwinding Rainbow Berhias Permata Eksklusif
Lanjutan dari perkenalan arloji artistik mendakap keharmonian rona pelangi, Audemars Piguet membentangkan dua set arloji Royal Oak Selfwinding Rainbow.
Arloji Royal Oak Selfwinding Rainbow tampil diperkemas tatahan permata potongan baguette disekujur rangka serta tali jamnya. Lantas, menawarkan 10 utas setiap satu kreasi dalam dua saiz yakni 41mm dan 37mm.
pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto AUDEMARS PIGUET

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 Royal Oak nan ikonik, pembikin arloji artistik Swiss; Audemars Piguet mencitrakan kembali arloji yang mendakap keharmonian rona pelangi. Pelancaran dua set arloji eksklusif ini tampil membentuk spektrum pelangi bila kesemua jam tangan ini digabungkan secara berasingan.

Himpunan Royal Oak Selfwinding Rainbow baharu menampilkan ukuran 37mm dan 41mm. Demikian, kedua-dua set ini tampil terhad dalam 10 unit setiap satu versi yang diperbuat dari emas putih. Kedua-dua konstruksi rangka baharu ini diperkemas dengan mengangkat seni tatahan permata paling eksklusif sambil memaparkan indikasi jam, minit dan saat.
Ditenagai penggulungan automatik, masing-masing dihiasi batu permata berpotongan baguette yang berbeza. Ini termasuk batu permata Orange Spessartite, Ruby, Pink Tourmaline, Amethyst, Tanzanite, Blue Topaz, Blue Sapphire, Emerald, Tsavorite, dan Yellow Chrysoberyl. Setiap versi diterangi oleh 800 butir batu permata yang memenuhi segenap laman dailnya.

Kesemua permata terpilih ini ditempah secara eksklusif untuk dipotong dengan teliti bagi menawarkan kejelasan warna yang tepat. Pengaturan tatahan permata ini dipikul oleh Salanitro, yang merupakan sebuah syarikat khusus dalam menerima tempahan pembuatan jam tangan dan penetapan batu permata Swiss.
Pautan berkaitan: Triniti Arloji Ikonik
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



