Related Stories
Home > Gaya Hidup > Datin X : Apalah Nasib Datin Bersuamikan Datuk Berperangai Si ‘Haji Bakhil’
Datin X : Apalah Nasib Datin Bersuamikan Datuk Berperangai Si ‘Haji Bakhil’
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Mar 23, 2023
Yang si isteri kerap bawa watak isteri teraniaya, dek kerana kasih pada suami dan sayang title, hidup bersuamikan si Haji Bakhil pun diteruskan jua!
Kerana pangkat dan harta, Datin Yahra (bukan nama sebenar) merana hidup sepanjang enam tahun bersama suami yang tidak bertanggung jawab. “Entah-entah Datin Yahra lah penyebabnya. Manjakan sangat suaminya sehingga besar kepala sebegitu rupa,” kongsi Datin Marina kepada Datin X. Kita yang mendengar ini hanya mampu menggeleng kepala. Betul kata orang, cinta bukan sesuatu yang mudah. Ia suatu yang rumit dan sangat subjektif.
“Beruntung Datin Yahra bersuamikan dia, senang hidupnya…”Cerita kain dalam Datin Yahra dan Datuk Khay satu keluarga bukan lagi rahsia. Datin Yahra memang terkenal dengan sikap yang tidak tahu simpan rahsia, termasuklah rahsia keluarganya sendiri. Gelaran ‘mulut lembik’ sebelum berkahwin kekal sehingga sudah beranak pinak. Kalau dari dulu sudah berperangai begitu, memang sukar berubah bila sudah sebati dalam darah. Perangai buruknya itu tidak dapat disorok walaupun ia melibatkan aib diri dan keluarga sendiri.
Al-kisahnya, Datuk Khay memang seorang yang handsome dan kaya raya tapi punya sifat Haji Bakhil!
Dulunya – kerana itu jugalah Datin Yahra terpanah dengan bisikin asmara cinta suaminya itu. Diberi pelbagai harta, dimanja pelbagai cara. Datin Yahra yang lemah kala diberi perhatian akhirnya terjatuh cinta dek kebaikan yang disemai suaminya itu sejak di awal perkenalan. Datuk Khay seorang yang gemar ‘memberi’. Sejak diperkenalkan oleh Datin Yahra lebih sedekad lalu, Datin X rasa dialah satu-satunya lelaki yang pantang bersua muka, pasti diajaknya makan bersama. Walau 10 meja panjang ke penjuru sebelah sana, semuanya akan ditanggung beres olehnya! Itulah dia Datuk Khay yang dikenali semua. Begitu pemurahnya dia di mata teman-teman dan keluarganya. Bukan itu sahaja, siapa sahaja yang dijumpai, dia pasti hulur apa yang ada dalam poket. “Beruntung Datin Yahra bersuamikan dia, senang hidupnya,” berkali-kali kedengaran ayat ini setiap kali di akhir pertemuan bersama mereka berdua. Saban tahun, Datin Yahra dan suami makin menyendiri. Susah bertemu kelibat mereka sekeluarga. Apatah lagi bila mereka memutuskan untuk berpindah ke luar bandar. Lebih jarang kami bersua dan keluar outing seperti biasa. Namun baru-baru ini, Datin Yahra muncul di ruang komen media sosial Datin X. Memberi komen rindukan kami yang dulu—young, wild and free. Pada Datin X, ia perkara biasa dan sedikit pun Datin X tidak menyangka yang bukan-bukan. Pautan berkaitan: Datin X: Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan Namun bila setiap kali bertemu teman yang lain, ada sahaja gossips tentang Datin Yahra. Mulanya sukar untuk Datin X percaya namun bila tuan punya badan sendiri Whats’App Datin X bercerita tentang kemelut rumah tangganya yang sedang huru-hara, fahamlah Datin X dengan gossips yang semakin liar diperkatakan semua orang. Datuk Khay, sebenarnya seorang yang acah-acah suka bersedekah namun hakikatnya dia si ‘Haji Bakhil’ atau pun dalam erti kata yang mudah difahami, kedekut. Nampak seperti seorang yang suka memberi tetapi sebenarnya dia tengah pokai. Dia sukakan perhatian dan pujian, maka sebab itulah dia rajin bersedekah di hadapan orang. Ada ketika dia sanggup mengosongkan wang dalam dompetnya untuk diberi kepada pelayan di restoran atau pekerja di parkir valet agar dirinya tampak gah dan berduit juga disegani walaupun sebenarnya wang di dalam bank sudah mulai menipis. Sejak mereka berpindah ke luar bandar, perniagaan Datuk Khay menemui jalan buntu. Mereka berhadapan dengan kekangan wang dan ini mengehadkan aktiviti mereka sekeluarga untuk membuang wang sewenang-wenangnya. Sejak kehilangan mata pencarian yang memberi kebanggaan mereka sekeluarga, setiap kali Datuk Khay pulang ke rumah, Datin Yahra lah yang menjadi mangsa. Habis barang kemas dipajak, kereta dijual untuk dilaburkan kepada kereta yang lebih gah dan besar agar status dan pangkatnya masih relevan. Artikel sepenuhnya di dalam [eltdf_button size=”” type=”” text=”GLAM MAC 2023″ custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://emag.bizofre.com/login/?redirect_to=https%3A%2F%2Femag.bizofre.com%2F” target=”_self” color=”#0000″ hover_color=”” background_color=”#fff” hover_background_color=”” border_color=”#000″ hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””] atau [eltdf_button size=”” type=”” text=”LANGGAN HARI INI” custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://www.magzter.com/MY/Biz-of-RE-Sdn-Bhd/GLAM-Malaysia/Lifestyle/?redirect=true” target=”_self” color=”#0000″ hover_color=”” background_color=”#fff” hover_background_color=”” border_color=”#000″ hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””] Ilustrasi: Hidayah Ahmad SurasaSee Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
