Home > Gaya Hidup > Datin X: Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan
Datin X: Tinggalkan Dato Seri Gara-Gara Mahu Bela Anak Ikan
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Feb 25, 2023
Kerana mahu hidup YOLO, Datin Anne rela tinggalkan segala-galanya untuk kehidupan yang sederhana. Adakah dia mampu mengekalkan kehidupan ‘kelestarian’ di ceruk kampung semata-mata mahu mengejar cinta (anak ikan) barunya?
Sudah punya anak empat namun semuanya ditinggalkan di bawah jagaan bekas suaminya, Dato Seri Zakaria. Datin Anne yang dulunya berprinsip tidak mahu menayang aurat, nampak elok di luaran namun sebenarnya dia punya masalah mental yang maha dahsyat. Terkejut bila melihat jalan yang dipilihnya kini adalah yang paling tidak masuk akal untuk dirinya. Niqab yang menjadi kebanggaan dan turut ‘terbang’ dan dia semakin galak menayang body!
Cerita Datin Anne dan anak ikan barunya, Junaidi bermula di sini..
Datin Anne yang Datin X kenali sejak dahulu lebih tenang, tidak mengejar duniawi dan tidak kisah hal kain dalam orang namun mungkin juga pada ketika itu dia berduit kerana masih berada dalam tanggungan suaminya yang berpoket tebal. Oh, kalau anda nak tahu ini bukan suami kedua malah sudah beberapa kali Datin Anne bernikah. Namun sayangnya rumah tangganya tidak kekal lama. Datin X tidak tahu di mana salahnya. Hujung tahun lalu, Datin Anne menjadi bualan hangat setiap kali socialite KL bertembung. Kata Datin Seri Joan, “Hey, you all tahu tak Datin Anne sudah jatuh miskin!” Terkebil-kebil yang lain mendengarnya. Tak pasti alasan sebenar daripada gossip yang kian liar namun semua dapat lihat di akaun Instagram milik Datin Anne kehidupan ‘sederhana’ yang dipaparnya. Dari apa yang semua dapat lihat, dia contented dengan kehidupan barunya di Perlis. Rumah yang bolehlah dikatakan selesa untuk mereka berdua, laki bini. Khabarnya dia sudah bayar sewa RM450 sebulan secara lump sum untuk sepanjang tahun. Setiap hari dia bercucuk tanam, meneman suami berniaga kecil-kecilan, membersih sungai dan pantai di hujung minggu. Ke sana ke mari bersama motor kapcai sahaja. Jadi, belanja harian tidaklah tinggi mana dan jika mereka bahagia siapa kita untuk mempertikaikannya. Pautan berkaitan: Datin X: Selebriti Gersang Mencari Populariti, Perangai Berubah 360! Ada yang berpendapat, Datin Anne sedang berlakon bahagia. Maklumlah dia memang seorang pelakon sebelum dia berkahwin dengan ahli perniagaan terhebat KL. “Dia baru je What’sapp I beritahu yang hidupnya sekarang sedang dalam deep s**t dan kalau boleh mahu meminjam wang sedikit untuk dibuat modal,” kata Maryam kepada Datin X. Alahai manusia, apalah yang ada dalam fikirannya. Lain yang dipapar di media sosial lain pula realitinya. Adakah Datin Anne benar-benar bahagia ataupun dia malu untuk mengaku yang perkahwinan kali ke-7 ini juga merupakan satu kesilapan dan makin sampai ke penghujung?“Dia baru je What’sapp I beritahu yang hidupnya sekarang sedang dalam deep s**t dan kalau boleh mahu meminjam wang sedikit untuk dibuat modal,” kata Maryam kepada Datin X“I kenal anak ikan barunya itu, satu Universiti dengan I. Memang budak tu tak ada cita-cita. Pandai cakap tapi bab mencari duit, punyalah liat. Dia memang terkenal dengan perangai ‘makan duit perempuan’ dan ramai juga sudah masuk perangkapnya. Jurang umur mereka pula adalah 15 tahun. Jangan disoal yang muda kerana si tua pun merelakannya, maka yang muda pun mahu mengambil kesempatan untuk hidup senang lenang. Buat apa mahu bersusah-susah jika ada yang boleh menyenangkan, kan? Tapi bagaimana orang sebijak Datin Anne boleh dibodoh-bodohkan oleh budak kampung seperti Junaidi? Baru-baru ini dia keluar berjumpa business owner untuk bertanya perihal kolaborasi bersama kembali aktif di media sosial mempromosikan segala produk lokal. Tidak kira apa sahaja asal mendatangkan wang tambahan buat menyara hidup dia dan suami mudanya itu. Melihat kepada kekusutan yang dialaminya dek perbualan kami baru-baru ini, Datin X terpanggil untuk membantu. Artikel sepenuhnya di dalam [eltdf_button size=”” type=”” text=”GLAM JAN/FEB 2023 ” custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://emag.bizofre.com/login/?redirect_to=https%3A%2F%2Femag.bizofre.com%2F” target=”_self” color=”” hover_color=”” background_color=”” hover_background_color=”” border_color=”” hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””] atau [eltdf_button size=”” type=”” text=”LANGGAN HARI INI” custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://www.magzter.com/MY/Biz-of-RE-Sdn-Bhd/GLAM-Malaysia/Lifestyle/?redirect=true” target=”_self” color=”” hover_color=”” background_color=”” hover_background_color=”” border_color=”” hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””] Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
