Related Stories
25 Foto Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah
Tanggal 11 Januari 2024 melakar detik bahagia buat Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah atau Putera Mateen apabila disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah.
Pasangan itu diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang. Majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Acara dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan istiadat Diraja Brunei. Sebaik sahaja Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijab kabul, 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda Istiadat Akad Nikah Diraja telah pun sempurna. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.


Majlis Persandingan Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah Berlangsung Gemilang
Genap tiga hari, pasangan mempelai diraikan dalam Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada 14 Januari. Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah tampil segak dan anggun dalam persalinan putih sedondon.




Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyambut ketibaan Putera Mateen di singgahsana dan meletakkan tangan anakandanya pada jemala Dayang Anisha Rosnah berlatarkan bacaan selawat. Sebaik sahaja pasangan pengantin duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula. Kedua-duanya kemudian dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.






:quality(70)/cloudfront-eu-central-1.images.arcpublishing.com/thenational/QHUB5WDJ5MLDIUXPXQPOV7ZT7U.jpg)






Majlis perkahwinan ini dimeriahkan dengan kehadiran 5,000 tetamu termasuk dari kalangan kerabat Diraja dan pemimpin politik dunia. Antara yang hadir adalah Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. Begitu juga dengan Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck bersama isterinya, Permaisuri Jetsun Pema.




Turut menyerikan majlis adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tidak lupa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Majlis Persantapan Diraja akan diadakan pada malam 15 Januari. Ini diikuti dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada hari terakhir, 16 Januari.
Foto: AFP/Borneobulletin
Baca: Sekitar Majlis Perkahwinan Pewaris Jordan, Putera Al Hussein & Rajwa Al Saif
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
