Related Stories
Osteria Gamberoni: Sebuah Permata Itali di Tengah Kota
Terselindung di lorong tenang di Kuala Lumpur, Osteria Gamberoni muncul sebagai destinasi gastronomi yang wajib dikunjungi bagi pencinta kulinari Itali yang tulen. Lebih daripada sekadar restoran, Osteria Gamberoni ialah manifestasi cinta terhadap keaslian dari resipi yang dibawa terus dari Itali, hingga ke suasana hangat yang menghidupkan semangat sebuah Osteria keluarga di Florence.

Diterajui oleh Daniele Ponzani, Chef de Cuisine yang berpengalaman luas dalam masakan serantau Itali, Osteria Gamberoni membawa misi memperkenalkan citarasa unik Itali ke Malaysia. Chef Daniele memilih untuk tidak hanya menampilkan hidangan popular seperti carbonara atau lasagna, sebaliknya mengetengahkan resipi klasik dari wilayah-wilayah Itali yang jarang dikenali, menjadikan setiap kunjungan satu penemuan baharu.

Diasaskan dengan visi untuk memperkenalkan hidangan serantau Itali yang kurang dikenali, bukan sekadar pasta biasa seperti carbonara atau lasagna, Chef dan pasukannya membawa nafas baharu ke dalam dunia masakan Itali di Malaysia. Bermula pada tahun 2018 dan akhirnya dibuka secara rasmi pada November 2020 (disebabkan pandemik), restoran ini kini menjadi tumpuan utama mereka yang mencari pengalaman makan yang luar biasa.

Calamarata ialah sejenis pasta tradisional dari Naples, Itali, yang dikenali dengan bentuknya yang tebal dan menyerupai cincin mirip potongan sotong calamari, yang menjadi asal usul namanya. Di Osteria Gamberoni, kami menyajikannya bersama ragù sotong dan kurita yang kaya rasa, disempurnakan dengan minyak zaitun dan tomato.
Menu di sini adalah hasil kreativiti dan keaslian dari Calamarata dan Trofie yang teksturnya unik, hingga ke Trinate dan Risotto dakwat hitam yang eksotik. Tidak ketinggalan, keistimewaan seperti pasta truffle segar yang dilapisi dengan hirisan truffle asli, menjadikan setiap hidangan sebagai pengalaman mewah yang sukar dilupakan. Semuanya dihasilkan dengan mesin khas dari Itali dan diproses secara segar setiap hari. Suasana restoran Osteria Gamberoni pula tidak kurang menarik. Reka bentuk dalaman yang moden namun selesa, digabung dengan bunyi perbualan mesra dan aroma wain Itali, menjadikan pengalaman makan di sini terasa seperti di kampung halaman chef sendiri. Teres luar yang terbuka juga menawarkan ruang bersantai yang sempurna, terutama pada waktu malam.

Risotto al Nero di seppia (Speciale del giorno risotto al nero di seppia)
Kunci kejayaan Osteria Gamberoni bukan hanya pada rasa dan bahan, tetapi juga pada konsistensi. Chef memastikan kualiti makanan kekal dari hari pertama hingga hari ini, dengan harga yang masih munasabah berbanding restoran berkelas lain. Selain makan malam harian, Osteria Gamberoni juga menawarkan menu istimewa mingguan, perkhidmatan katering peribadi, dan set makan tengah hari dua hidangan yang bernilai tinggi. Untuk yang bukan muslim, pilihan wain Itali terpilih setia menanti anda. Minuman bukan alkohol juga tersedia. Osteria Gamberoni adalah tempat di mana tradisi bertemu inovasi dan setiap kunjungan menjadi kenangan tersendiri.
Osteria Gamberoni bukan sekadar restoran ia adalah pengalaman rasa, budaya dan keramahan Itali, dibawa terus ke hati Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Kereta Api Ikonik Kembali: Venice Simplon-Orient-Express Istanbul ke Paris Bermula 6 Jun
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
