Related Stories
Home > Gaya Hidup > Datin X: Letih Coverline Bertahun- Tahun, Akhirnya Pecah Jua Tembelang Dato’
Datin X: Letih Coverline Bertahun- Tahun, Akhirnya Pecah Jua Tembelang Dato’
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
May 23, 2023
Pecah Tembelang! Datin X tak pasti kenapa si isteri sukar membawa deritanya ke muka pengadilan, adakah kerana takut berstatuskan janda?
Awal tahun ini satu persatu drama pergolakan rumah tangga selebriti yang berpecah belah dipertontonkan pada umum. Hal kain dalam keluarga terbongkar tanpa sensor di media sosial dan portal yang gemarkan update cerita sensasi sebegini. Bukan sahaja selebriti, sosialit dan golongan kelas atasan juga terkena tempiasnya. Namun bila munculnya seorang wanita yang berani mempertahankan hak lalu tampil membela diri, wanita lain nampaknya terpanggil untuk bangun dan berbuat yang sama.
Dari kecil kita diajar, tidak kira apa pun salah si suami, si isteri perlu menjaga aibnya. Begitu juga jika berlaku sebaliknya. Sama saling menerima dan menjaga keamanan hubungan bersama. Namun sampai bila agaknya salah seorang dari kita mahu terus memendam rasa? Bila tiba kesabaran anda di duga, selalunya drama sinetron pasti akan bermula.
Pautan berkaitan: Datin X: Hasad Dengki Dan Iri Hati Melarat Sampai Membinasa Diri
Memandang remeh tentang perasaan dan kemahuan pasangan menyebabkan pasangan mudah kecil hati. Setuju? Sama seperti kes terkini Datin Roziah dan suaminya, Dato’ Lan. Siapa sangka yang sebenarnya Dato’ Lan adalah seorang Con Man! Siapa lagi yang tahu rahsianya, kalau tak isterinya, Datin Roziah? Selama beberapa tahun Datin Roziah menyembunyikan perkara sebenar dari semua teman dan rakan seperniagaan. Dan selama itulah dia hidup dalam angan- angan menggunakan gelaran diri Dato’ dan Datin!
Pecah tembelang Dato’ Lan bila segalanya kian terbongkar…
Tiada siapa menyangka yang sebenarnya mereka bukan Dato’ & Datin yang diperkenankan. Dato’ Lan memperkenalkan dirinya sebagai Dato’ dan Datin Roziah mengiyakan setiap kali disapa dengan gelaran itu. Kerana mahu menjaga air muka suaminya, dia tidak pernah membetulkan keadaan dan menyimpan rahsia itu sebaik mungkin agar tiada siapa tahu perkara sebenar. Dato’ Lan juga seorang suami yang bertopengkan syaitan. Dia punya banyak perempuan muda di luar dan menghabiskan masa terluangnya bersama najis dadah.Siapa sangka yang sebenarnya Dato’ Lan adalah seorang Con Man! Siapa lagi yang tahu rahsianya, kalau tak isterinya, Datin Roziah?Malu untuk bercerita kepada teman rapat atau keluarga terdekat, Datin Roziah terpaksa memendam segala derita yang dialaminya. Kalau diluah, pasti tiada yang percaya yang Dato’ Lan sebenarnya berperangai hantu. Termasuklah Datin X sendiri. Terkejut badak dibuatnya bila melihat Datin Roziah dirakam di luar Mahkamah Syariah kala dia hadir memfailkan cerai. Segalanya terbongkar selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Lama betul dia terseksa.
Mulanya Datin Roziah tidak mahu komen tentang hal rumahtangganya. Keras dengan jawapan yang sama yakni ‘No Komen’. Namun bila hari ke sehari menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah dan dihala soalan-soalan yang mencabar akal dan minda bertubi-tubi, dia akhirnya jatuh ke tangan wartawan. Sedikit demi sedikit dia mula membuka segala pekung di dada. Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang dikongsi kepada umum. Dia yang selama ini diam membisu, sudah berani berkata dua kepada semua tentang keburukan suaminya itu.
Dato’ Lan nampaknya tenang-tenang sahaja. Masih mahukan isterinya kembali ke sisinya dan masih mati-matian tidak mengaku bersalah di atas semua tuduhan yang dikenakan ke atas dirinya. Dia merayu untuk dibicarakan semula dan memujuk Datin Roziah pulang kepangkuan walaupun sudah beberapa kali ditepis hebat oleh isterinya itu.
Artikel sepenuhnya di dalam
[eltdf_button size=”” type=”” text=”GLAM MEI 2023″ custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://emag.bizofre.com/login/?redirect_to=https%3A%2F%2Femag.bizofre.com%2F” target=”_self” color=”#0000″ hover_color=”” background_color=”#fff” hover_background_color=”” border_color=”#000″ hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””] atau [eltdf_button size=”” type=”” text=”LANGGAN HARI INI” custom_class=”” icon_pack=”font_awesome” fa_icon=”” link=”https://www.magzter.com/MY/Biz-of-RE-Sdn-Bhd/GLAM-Malaysia/Lifestyle/?redirect=true” target=”_self” color=”#0000″ hover_color=”” background_color=”#fff” hover_background_color=”” border_color=”#000″ hover_border_color=”” font_size=”” font_weight=”” margin=””]
Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
