Home > Gaya Hidup > Puteri Eugenie Berkongsi Foto & Inspirasi Nama Putera Kedua
Puteri Eugenie Berkongsi Foto & Inspirasi Nama Putera Kedua
Dua tahun bergelar ibu, Puteri Eugenie kini dikurniakan seorang lagi putera pada 30 Mei lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan bersama peminat Diraja menerusi satu hantaran di Instagram. Ini merupakan cahaya mata kedua Putera Eugenie bersama suaminya, Jack Brooksbank. “Saya dan Jack ingin mengumumkan bahawa kami telah selamat menimang anak lelaki, Ernest George Ronnie Brooksbank pada 8.49 pagi seberat 7.1 paun. Dia dinamakan sempena nama moyangnya George, datuknya George dan datuk saya Ronald,” tulis puteri berusia 33 tahun itu.
Sepupu kepada Putera William dan Putera Harry itu mengumumkan kehamilan keduanya Januari lalu dengan memuat naik sekeping foto istimewa. Foto itu memperlihatkan anak lelakinya yang berusia lebih setahun sedang memeluk dan mengucup perutnya. “Kami amat teruja untuk berkongsi bahawa kami sedang menanti kehadiran ahli keluarga baru pada musim panas ini,” tulisnya.
GBC Love Wellness: 7 Jenis Urutan Paling Popular Di Dunia
House Of Gucci: Lady Gaga Akhirnya Tampil Membidas Kritikan Patrizia Reggiani
Selebriti Yang Pernah Terima Perintah Larangan Daripada Negara Luar
Phoebe Waller-Bridge & Donald Glover: The New Brangelina?
“Syukur. Sabar. Kegembiraan.” – Katrina Kaif Luah Keterujaan Usai Bergelar Isteri
Ini Punca Kontrak Danielle NewJeans Ditamatkan Bersama ADOR
“Kami ingin memperkenalkan anak kami kepada anda. Terima kasih atas segala ucapan dan doa daripada anda semua. Hati kami dipenuhi rasa cinta dengan kehadiran insan comel ini. Kami tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata. Kami teruja kerana dapat berkongsi foto ini dengan anda,” tulisnya. Puteri Eugenie dan Jack mendirikan rumah tangga pada Oktober 2018 selepas sembilan bulan mengikat tali pertunangan.
Foto: Getty Images
Baca: Suami Puteri Eugenie, Jack Brooksbank Menikmati Percutian Atas Bot Bersama Tiga Wanita

Foto: Instagram

Foto: Instagram
Cahaya Mata Pertama Puteri Eugenie & Jack Brooksbank
Pasangan itu dikurniakan putera pertama, August Philip Hawke Brooksbank pada Februari 2021. “Yang Amat Mulia Puteri Eugenie telah selamat melahirkan anak lelaki pada hari ini, 9 Februari 2021 seberat 3.66 kilogram. Ratu, Duke of Edinburgh, Duke of York, Sarah, Duchess of York, serta Tuan dan Puan George Brooksbank telah pun dimaklumkan dan teruja mendengar khabar ini,” menurut kenyataan Istana Buckingham ketika itu. Pasangan tersebut berkongsi foto pertama August pada hari yang sama di Instagram dengan hanya mendedahkan foto jemari anak lelaki mereka. Dua minggu kemudian, cucu mendiang Ratu Elizabeth II itu mendedahkan wajah dan nama anaknya kepada dunia.
Foto: Today
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
