Dokumentari Terbaharu Pasangan Sussex Selepas ‘Harry & Meghan’
Penyatuan Zee Avi & Kenji Matano
Jade Pavilion Sedia Menu Mesra Muslim Istimewa Untuk Anda
Adele Berkongsi Wajah Teman Lelaki Baharu
Kenali Kumpulan K-Pop ILLIT, Bakal Rampas Takhta BLACKPINK?
Home > Gaya Hidup > Dolla Setanding Sensasi K-Pop Terkini, New Jeans

Dolla Setanding Sensasi K-Pop Terkini, New Jeans

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Dolla meraih satu lagi pencapaian di persada global apabila disenaraikan sebagai salah satu kumpulan ‘wajib didengari’. Saluran YouTube tersohor, MsMojo mengesyorkan sepuluh kumpulan wanita antarabangsa yang wajib diberi perhatian oleh pencinta muzik. Ini termasuk penghibur dari Amerika Syarikat, Amerika Latin, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan dan Filipina. Menariknya, Dolla disenaraikan sebagai salah satu daripadanya.
dolla

Foto: YouTube

Berada di tangga keenam, kumpulan itu menjadi satu-satunya pemuzik daripada Malaysia yang memasuki carta. Kumpulan lain yang turut tersenarai adalah XG dari Jepun dan sensasi K-Pop, New Jeans. Pemilihan Dolla dibuat bukan sahaja kerana kelincahan mereka di atas pentas tetapi juga kerana sering tular di media sosial. Ini termasuk kejayaan lagu Raya Raya Raya yang berjaya mengumpul jutaan peminat dari seluruh dunia dan menjadi siulan anak muda.
Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse