The Fabulous, Siri K-Drama Terbaru di Netflix Mesti Tonton!
OMEGA Seamaster Planet Ocean Worldtimer: Sempurna Buat Selam Lebih Dalam
Anggun Dan Jelita! Kenali 5 Puteri-Puteri Sultan Pahang Ini
Filem Tempatan, Tiger Stripes Lakar Sejarah Di Cannes 2023
Remy Ishak Teruja Bakal Dikurnia Cahaya Mata Pertama
Home > Gaya Hidup > 7 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan

7 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan

Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum yang dikenali sebagai Fazza mungkin bukan putera terkaya di dunia, tetapi jelas dia menjalani kehidupan serba mewah dan penuh bergaya.

Dengan nilai kekayaan sekitar RM1.9 bilion, Putera Mahkota Dubai berusia 40 tahun itu bukan sekadar dikagumi kerana berwajah tampan. Dia turut mempunyai banyak bakat antaranya sebagai penyair, ahli politik dan penunggang kuda.

Ayuh dalami keperibadian dan gaya hidup Sheikh Hamdan yang juga bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Latar Belakang Pendidikan

Sama seperti abangnya, Sheikh Rashid bin Mohammed Al Maktoum, kerjaya akademik Sheikh Hamdan bermula di Rashid School for Boys. Sekolah berprestij itu ditubuhkan oleh pemerintah Dubai terdahulu, Sheikh Maktoum bin Rashid Al Maktoum pada 1986. Dia kemudiannya berhijrah ke United Kingdom untuk menyertai Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, kolej latihan terkemuka untuk pegawai tentera British yang menjadi kegemaran kerabat Diraja Timur Tengah. Setelah tamat latihan ketenteraan dia menyambung pengajian di London School of Economics.
PUTERA MAHKOTA DUBAI SHEIKH HAMDAN

Foto: Twitter

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse