Related Stories
Home > Gaya Hidup > 5 Cara Merawat Mata Letih Setelah Seharian Bekerja!
5 Cara Merawat Mata Letih Setelah Seharian Bekerja!
Seharian berhempas-pulas bekerja, menghadap telefon dan komputer riba, mulalah terasa mata letih. Ayuh GLAM kongsikan tip merawat masalah mata letih ini.
Percayalah, semua pernah merasakan masalah wajah sembap, tidak bermaya dan mata letih ini. Apatah lagi, masyarakat era hari ini. Baik lelaki mahupun wanita, masing-masing dengan amalan gaya hidup sibuk, sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Apabila tiada masa untuk diri sendiri, mulalah waktu tidur tidak menentu, badan menjadi tidak selesa dan mood langsung berubah serta-merta.
Namun, tahukah anda bahagian wajah yang mana yang paling ketara terlihat jika anda tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat? Jawapannya, mata! Mata kita dikawal oleh enam otot yang berfungsi menggerakan mata. Jika otot-otot mata tidak berfungsi dengan betul, maka ia akan memberi kesan kepada mata anda. Mata letih ini bukanlah satu penyakit, ia hanyalah sekadar simptom yang harus anda ambil tahu. Mata letih berpunca dari ketegangan mata, jadi jika anda mengalami masalah ini, ia adalah sebenarnya tanda isyarat untuk anda mula memberikannya perhatian lebih.
Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Jang Nara
Pelayaran Rasa Mewah di Atas Les Bateaux Belmond
Bagaimana Volvo EX30 Memperkasakan Perjalanan Keusahawanan Julie Anne Kang
Datin X: Datin Berang, PA Besar Kepala Sambil Ber ‘Dendang’ Di Media Sosial
Pendekatan Unik Cameron Diaz Terhadap Kecantikan & Penuaan
Jericho Rosales Sedang Hangat Bercinta Dengan Janine Gutierrez
Gambar: freepik
Jadi, selain daripada amalan tidur yang cukup, bagi anda yang mahu mengelakkan masalah mata letih ini, ayuh GLAM bantu! Kami senaraikan 5 cara merawatnya. Buat yang workaholic, ini tip untuk anda!Ini 5 Cara Merawat Mata Letih
#1 Kerap Kelip Mata
Jika mata jarang berkelip, ia akan menjadi kering. Terutama sekali apabila sudah terlalu lama menghadap skrin komputer anda, pastinya mata terlalu fokus sehingga tidak sedar, kerdipan mata tidak menutup sepenihnya. Jangan pandang remeh, kerana hal ini juga mampu memberi kesan kepada kesihatan mata. Kelipan mata sebenarnya membantu mengekalkan kesegaran mata. Jadi, tip GLAM, selalu ingatkan diri untuk kerap mengelipkan mata. Pastikan anda menutup rapat selama 3 hingga 4 saat, kemudian buka pada kiraan yang sama. Lakukan sebanyak 7 hingga 8 kali setiap kali mata terasa letih.#2 Tekanan Hangat Pada Mata
Pastikan anda ambil masa untuk berehat seketika daripada berterusan bekerja. Sambil anda merehatkan mata, apa kata anda tuam bahagian tersebut dengan kain bersuhu hangat selama beberapa minit. Ia bertujuan untuk melegakan tegang urat mata serta membantu mengembalikan peredaran darah yang lancar.#3 Senaman Ringan Untuk Mata
Selain melakukan amalan kerdipan mata, apa kata anda cuba senaman mudah ini. Ia membantu bukan sahaja menguatkan otot-otot malah meningkatkan keupayaan melihat. Teknik senaman ini dipanggil ‘Angka Lapan’. Caranya adalah dengan membayangkan angka lapan gergasi pada jarak 3 meter di hadapan anda. Bayangkan angka lapan tersebut di dalam posisi melintang. Secara perlahan-lahan, bawa mata anda mengikut lingkaran angka lapan tersebut menggunakan pergerakan mata tanpa menggerakkan kepala. Lakukan selama 3 hingga 5 minit berulang kali dan bertentangan arah.
Gambar: freepik
See Also
#4 Kurangkan Menghadap Skrin
Dengan dunia hari ini yang mana rata-ratanya jika tidak menghadap skrin komputer riba, mereka ini akan menghabiskan masa berjam-jam menghadap skrin telefon pintar mereka. Tahukah anda, obsesi seperti ini mampu merosakkan mata dalam jangka masa yang lama? Jadi, terhadkanlah amalan ini. Kurangkan screen time anda terutama sekali sebelum tidur. Ini kerana sinaran biru yang terdapat pada skrin ini mampu mengganggu tidur anda. Bukan anak-anak sahaja perlu kurangkan screen time ya!#5 Ubah Gaya Hidup Untuk Elak Mata Letih
Amalan tidur yang cukup. Orang dewasa seharusnya tidur selama 6 hingga 7 jam sehari. Tidurlah sebelum jam 11 malam untuk melindungi bukan sahaja mata akan tetapi bahagian tubuh yang lain. Tidak cukup dengan itu, minumlah air masak yang banyak. Ia akan membuatkan seluruh tubuh termasuk mata kekal terhidrat dan dalam pada masa yang sama mengelakkan mata terus-terusan menjadi kering dan penat.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
