Related Stories
Home > Gaya Hidup > Panduan Pil Perancang Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu
Panduan Pil Perancang Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu
Kehamilan pastinya anugerah yang diingini oleh ramai pasangan yang telah berumah tangga. Namun begitu, jika anda dan si dia belum bersedia, pastinya anda pernah mendengar penggunaan pil perancang kehamilan sebagai salah satu kaedah perancangan keluarga.
Pil perancang adalah sejenis kontraseptif yang berkesan sehingga 99% untuk mencegah kehamilan apabila diambil secara konsisten setiap hari.
Pil ini mengandungi hormon yang mengawal haid, mengurangkan sakit senggugut, mengurangkan risiko kanser ovari dan rahim, mengawal kemunculan jerawat pada muka serta merawat endometriosis.
Pil perancang bertindak untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya setiap hari mengikut masa yang tetap. Berbeza dengan kaedah perancangan keluarga lain seperti kondom, pil ini tidak dapat melindungi anda daripada jangkitan seksual (STI).
Kenali 5 Wanita Pujaan Hyun Bin Sebelum Son Ye Jin
7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun
Respons Eva Mendes Terhadap Foto Pertama Ryan Gosling Dalam Filem Barbie
Dari Venice Ke Andaman, Ini Tempat Makan Malam Paling Romantik
Selamat Hari Bapa, Ini Idea Menarik Hadiah Untuk Ayah!
Erti Di Sebalik Kuntuman Bunga Sebagai Hadiah Istimewa
Walaupun sesetengah wanita mungkin mengalami turun naik badan sedikit akibat perubahan hormon ini, ia biasanya bersifat sementara dan tidak memberi impak besar untuk dikaitkan semata-mata kepada penggunaan pil.
Namun begitu anda perlu ingat bahawa badan setiap orang bertindak balas secara berbeza terhadap perubahan hormon, dan faktor-faktor seperti gaya hidup, genetik, dan metabolisme individu boleh memainkan peranan dalam sebarang perubahan berat badan yang dialami.
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengekalkan diet seimbang dan kekal aktif secara fizikal bagi mengurangkan risiko kenaikan berat badan semasa pengambilan pil perancang kehamilan ini.
Foto: Freepik
Apa Itu Pil Perancang Kehamilan?
Pil perancang adalah sejenis kontraseptif oral (diambil melalui mulut) yang menggunakan hormon untuk mencegah kehamilan. Ia mengandungi hormon sintetik yang mengawal tahap hormon semula jadi badan, menghalang ovulasi dan mengubah lendir serviks untuk menyukarkan sperma mencapai telur.
Foto: Freepik
Jenis Jenis Pil Perancang Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis pil perancang dan kedua-dua pil ini mengandungi hormon seperti yang diujarkan tadi:- Pil kombinasi kontraseptif: Pil ini mengandungi dua hormon; estrogen, dan progestin. Ini jenis pil yang biasa ditemui di mana-mana klinik mahupun farmasi. Pil kombinasi ini sangat berkesan, dengan kadar kejayaan kira-kira 91-99% apabila diambil dengan betul.
- Pil progestogen sahaja: Juga dikenali sebagai “minipill”, ia mengandungi hormon progestin sintetik sahaja. Ia adalah alternatif yang terbaik untuk wanita yang tidak boleh terima estrogen, menyusu badan atau mempunyai sejarah darah beku pada kaki atau paru-paru. Walaupun pil progestin sahaja kurang berkesan berbanding pil kombinasi, kadar kejayaannya masih sekitar 91-99% apabila diambil dengan betul.
Adakah Pil Ini Tambah Berat Badan?
Salah tanggapan umum tentang pil kehamilan ialah ia menyebabkan penambahan berat badan. Walau bagaimanapun, kajian saintifik secara konsisten menunjukkan bahawa tidak ada kaitan langsung antara pengambilan pil kehamilan dengan penambahan berat badan yang ketara.
Foto: Freepik
See Also
Cara Berkesan Untuk Ambil Pil
Sebelum anda mengambil pil perancang kehamilan, ada beberapa perkara penting yang anda perlu pertimbangkan dan garis panduan yang perlu diikuti. Walau bagaimanapun, yang paling utama adalah anda perlu rujuk kepada doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu untuk menyemak kesesuaian anda terhadap pil-pil ini.
Foto: Freepik
- Mulakan mengambil pil pada hari pertama kitaran haid anda untuk perlindungan segera daripada kehamilan. Jika anda bermula pada bila-bila masa lain semasa kitaran anda, gunakan kontraseptif alternatif, seperti kondom, untuk tujuh hari pertama.
- Ambil satu pil pada masa yang sama setiap hari. Jika anda seorang yang kuat lupa, cuba gunakan penggera dalam telefon pintar atau memasuk dalam kalendar harian bagi membantu anda untuk ingat.
- Simpan pil dalam beg tangan, di rumah ataupun dalam kereta jadi sekiranya anda teringat untuk makan, ia berada di mana-mana sahaja.
- Minta bantuan pasangan atau teman rapat anda untuk mengingatkan anda makan pil ini setiap hari.
Siapa Yang Tidak Boleh Ambil Pil Perancang?
Sekiranya anda memiliki kesihatan yang baik, tidak mengalami berat badan berlebihan, tidak merokok serta tidak mempunyai masalah perubatan, anda boleh mengambil pil pencegah kehamilan ini. Kebanyakan wanita mengambil pil ini sehingga putus haid. Selain itu, jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut anda tidak digalakkan untuk mengambil pil perancang ini. Antaranya anda ada penyakit hepatitis, kanser payu dara atau sedang mengambil ubat-ubatan, anda pernah mengalami serangan jantung atau strok, pembekuan darah di kaki, paru-paru atau mata, sakit dada, penyakit jaundis, tumor hati atau sedang hamil/disyaki hamil. Doktor atau ahli farmasi boleh mencadangkan alternatif yang sesuai untuk anda bagi mencegah kehamilan, jadi jangan lupa untuk merujuk pada mereka. Setelah anda memahami jenis pil perancang kehamilan yang anda di pasaran, anda tidak perlu lagi risau akan mitos penambahan berat badan. Yang penting, anda harus mengikut cara pengambilan yang betul, teruskan gaya hidup sihat serta rujuk kepada pakar jika anda mempunyai soalan. Artikel Berkaitan: Persis Anak Patung! 10 Foto Terkini Puteri Kedua Juliana EvansAdvertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
