Related Stories
Chris Evans Dan Alba Baptista Selamat Disatukan
Bintang Captain America, Chris Evans dilaporkan telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanita, Alba Baptista pada hujung minggu lalu.
Memilih tarikh 9 September, majlis perkahwinan Chris Evans dan aktres kacukan Portugal-Brazil itu diadakan di kediaman mereka di Boston, Massachusetts. Menurut satu sumber, ia berlangsung secara tertutup dan dikawal rapi.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(991x0:993x2)/Chris-Evans-021423-07-2000-8fc5a1df8cca420792ba5fc9475fad6a.jpg)
Foto: Instagram
Para tetamu diminta menandatangani perjanjian yang tidak membenarkan mereka mendedahkan sebarang butiran kepada umum. Malah mereka juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit.
Pasangan itu hanya menjemput ahli keluarga dan kenalan rapat untuk meraikan hari bahagia mereka. Antara tetamu dari kalangan selebriti adalah barisan pelakon Marvel termasuk Robert Downey Jr., Chris Hemsworth dan Jeremy Renner.
Percintaan Rahsia Chris Evans & Alba Baptista
Aktor berusia 46 tahun dan aktres berumur 26 tahun itu dikaitkan buat kali pertama pada November 2022. Sumber terdekat mendedahkan pada ketika itu bahawa mereka telah pun menjalin percintaan selama lebih setahun.
“Mereka benar-benar dilamun cinta. Chris tidak pernah sebahagia ini. Hubungan mereka berada di tahap serius. Keluarga dan rakan-rakan Chris amat menyukai Alba,” katanya.
Hanya selepas beberapa jam berita percintaan mereka tular, pasangan itu dirakam berpimpin tangan ketika meluangkan masa bersama di Central Park.
Tidak banyak diketahui tentang hubungan mereka, namun Chris Evans tidak segan mempamerkan rasa cintanya di media sosial. Dia meninggalkan emoji canda pada hantaran Instagram Alba Baptista tidak lama selepas percintaan mereka tersebar.

Foto: Page Six
Walaupun nama Alba Baptista tidak gah di Malaysia, aktres ini bukanlah calang-calang. Merupakan anak kepada pasangan jurutera dan penterjemah, dia fasih bercakap dalam lima bahasa: Portugal, Inggeris, Jerman, Perancis dan Sepanyol.
Bintang kelahiran Lisbon ini terkenal dengan peranannya dalam filem Mrs. Harris Goes To Paris dan pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Europian Shooting Star Award pada Festival Filem Berlin dan Best Actress pada Festival Ibérico de Ciné.
Alba Baptista juga dinamakan sebagai salah seorang daripada Top 10 Breakout Stars of 2020 oleh IMDb. Selain berlakon, dia juga menyumbang dari segi usaha kemanusiaan kepada sebuah rumah anak yatim di Kemboja.
Foto: People
Baca: Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
