Related Stories
Home > Gaya Hidup > Kenali Tom Blyth Dari The Hunger Games: The Ballad Of Songbirds & Snakes
Kenali Tom Blyth Dari The Hunger Games: The Ballad Of Songbirds & Snakes
Filem yang ditunggu-tunggu, The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes akhirnya menemui penonton di layar perak.
Berdasarkan novel terlaris Suzanne Collins, ia merupakan prekuel kepada francais The Hunger Games yang dibintangi aktres popular, Jennifer Lawrence. Bagaimanapun kali ini Katniss Everdeen tidak menerajui.
Filem terbitan Lionsgate ini membawa penonton kembali ke enam dekad sebelum Katniss menawarkan diri sebagai ‘korban’. Kali ini ia memberi fokus kepada Coriolanus Snow ketika muda, sebelum dia menjadi presiden Panem yang zalim. Watak ini dijayakan oleh Tom Blyth manakala karakter dalam trilogi sebelum ini digalas oleh Donald Sutherland.
Foto: V Magazine
Baca: 5 Fakta Mengenai Kekasih Muda Jared Leto, Model Thet Thinn
Ini anda perlu tahu mengenai Tom Blyth, aktor berbakat besar dalam prekuel The Hunger Games
Latar Belakang
Bintang berusia 28 tahun ini merupakan pelakon Inggeris. Dia dilahirkan di Birmingham, United Kingdom dan dibesarkan di pinggir bandar Woodthorpe, Nottingham. Bapanya, Gavin bekerja sebagai pengeluar sabun yang telah lama beroperasi di UK, Coronation Street dan Emmerdale. Ibunya, Charlotte pula bekerja sebagai kaunselor kerjaya yang membuka jalan untuknya menceburi industri hiburan dengan mendaftarnya ke kelas lakonan.Foto: Julian Ungano
Karya Lakonan Tom Blyth
Aktor ini membuat kemunculan sulung dalam industri perfileman Hollywood pada 2010 menerusi filem Robin Hood yang dibintangi Russell Crowe. Sejak itu dia telah membintangi pelbagai projek seperti Scott and Sid, Benediction dan satu episod rancangan TV The Gilded Age sebagai Archie Baldwin. Dia juga merupakan bintang siri asal MGM+ Billy The Kid.
Foto: Chris Large/Epix
Bergelar Model
Sama seperti pelakon gandingannya Rachel Zegler, Tom Blyth telah bekerjasama dengan beberapa jenama fesyen mewah. Dalam beberapa bulan lalu dia telah menghiasi kempen Tom Ford dan Zegna serta berjalan untuk Hermès di pentas Minggu Fesyen New York.
Foto: Instagram
Peminat Fanatik The Hunger Games
Walaupun tidak membaca novel karya Suzanne Collins itu, dia amat meminati filem The Hunger Games. “Saya menonton semua filem di pawagam, pada hari pertama ia ditayangkan, bersama ibu dan kakak saya,” katanya kepada Radio Times.
Foto: Lionsgate via AP
Karakternya Disamakan Dengan Penyanyi Rap Eminem
Dari segi personaliti, Tom Blyth berkata versi Coriolanus Snow lakonannya sangat berbeza dengan karakter jahat yang dijayakan Donald Sutherland. “Saya rasa penonton akan menikmati versi muda Coriolanus Snow kerana ini adalah versi dirinya yang mereka belum ketahui. Sebelum dia menjadi jahat.” Bagaimanapun dari segi penampilan terutama potongan buzz perangnya, peminat pantas menyamakannya dengan penyanyi The Real Slim Shady, Eminem. “Saya anak kelahiran Britain yang pernah menjadi peminat Eminem, jadi saya anggapnya sebagai pujian,” katanya.
Foto: Southpawer
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
