Home > Gaya Hidup > Tahniah! Amylea Azizan Kini Milik Abang Bomba
Tahniah! Amylea Azizan Kini Milik Abang Bomba
Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan mengesahkan dia telah pun bergelar isteri kepada anggota bomba dari Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ash.
Dengan sekali lafaz, pasangan itu selamat disatukan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah. Tarikh pernikahan tidak didedahkan namun mereka bakal diraikan dalam satu majlis resepsi pada 27 Januari tahun hadapan.
Pelantun lagu Miris itu menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung dan hantaran bernilai RM8,888. Angka ini dikatakan sebagai lambang cinta infiniti antara pasangan mempelai.
Menerusi foto yang dikongsi di media sosial, kedua-duanya kelihatan segak dan anggun dalam busana nikah rona putih suci daripada Teruntum Putih by Redzuan Alias.
Bersyukur kini memegang status isteri, Amylea berkata dia tidak menyangka perkenalan singkat dengan suaminya diakhiri dengan penyatuan indah di jenjang pelamin.
“Lagu ini berkisar kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Pangeran pula tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.
“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan cita rasa kami dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” ujarnya.
Panji Putih Buat Pangeran akan menemui peminat pada penghujung Disember 2023.
Foto: Instagram
Baca: Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah

Foto: Instagram
“Sebenarnya, saya belum bersedia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkenalan saya dengan suami bermula di media sosial sejak beberapa bulan lalu.“Bila selesa berkawan, suami terus melamar saya. Suami buat keputusan selepas mendapat petanda baik daripada solat istikharah dan terus berjumpa keluarga saya. Alhamdulillah, saya tidak pernah setenang ini sejak dia hadir dalam hidup saya,” katanya. Walau sudah bergelar suami isteri, mereka terpaksa melalui perhubungan jarak jauh buat masa ini kerana Ash perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai anggota bomba di Singapura.
Lagu Cinta Amylea Buat Suami
Dalam keterujaan berkongsi berita perkahwinannya, Amylea turut mengumumkan pelancaran lagu baru berjudul Panji Putih Buat Pangeran. “I waited for you all my life. Thank you for binging peace into my heart. As a gift, a song specially written for you,” tulisnya di Instagram. Menurut penyanyi berusia 37 tahun ini, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta mereka hingga akhir hayat dan dapat didengari anak cucu mereka suatu hari nanti.
“Lagu ini berkisar kedegilan hati saya yang merasakan hidup ini seperti sudah berakhir. Panji Putih itu diibaratkan seperti saya mengalah (bendera putih). Pangeran pula tanda Ash sebagai orang barisan hadapan yang kerjanya saya hormat dan pandang tinggi.
“Ash meminati perkara-perkara tradisional dan saya gabungkan cita rasa kami dengan menghasilkan lagu ini dalam genre keroncong moden,” ujarnya.
Panji Putih Buat Pangeran akan menemui peminat pada penghujung Disember 2023.
Foto: Instagram
Baca: Butiran Perkahwinan Putera Mateen & Fakta Menarik Bakal Isteri, Anisha Rosnah
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
