Related Stories
Home > Gaya Hidup > Segalanya Tentang Album Baru Taylor Swift, The Tortured Poets Department
Segalanya Tentang Album Baru Taylor Swift, The Tortured Poets Department
Taylor Swift memberi kejutan kepada peminat dengan mengumumkan buah tangan terbarunya, The Tortured Poets Department.
Ketika menerima trofi album terbaik untuk Midnights di Grammy Awards baru-baru ini, Taylor memaklumkan album studio ke-11 itu akan dilancarkan pada 19 April 2024.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli Recording Academy kerana mengundi, tetapi saya tahu undian ini datangnya daripada sokongan padu peminat.
“Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dengan memberitahu anda satu rahsia yang saya simpan sejak dua tahun lalu. Album terbaru saya akan keluar pada 19 April. Ia berjudul The Tortured Poets Department,” katanya.
Foto: Getty Images
Baca: Beyonce Bakal Muncul Dengan Renaissance Act II

Foto: CBS
Ini maklumat lanjut tentang album Taylor Swift
SENARAI LAGU DALAM ALBUM THE TORTURED POETS DEPARTMENT
Menurut laman web rasmi, ia akan menampilkan 18 lagu termasuk lagu bonus berjudul The Manuscript. Side A termasuk Fortnight, The Tortured Poets Department, My Boy Only Break His Favorite Toys dan Down Bad. Untuk Side B pula lagu So Long London, But Daddy I Love Him, Fresh Out the Slammer dan Florida!!!. Side C termasuk Guilty As Sin?, Who’s Afraid of the Little Old Me?, I Can Fix Him (No Really I Can) dan loml. Manakala bahagian terakhir pula I Can Do It With a Broken Heart, The Smallest Man Who Ever Lived, The Alchemy dan Clara Bow. Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Taylor mengumumkan sebuah lagi lagu bonus berjudul The Bolter untuk versi baru album The Tortured Poets Department.GAMBAR KULIT ALBUM
Sejurus selepas membuat ucapan di Grammy Awards, Taylor berkongsi gambar album terbarunya di Instagram. Ia menampilkan foto hitam-putih dirinya berbaring dikelilingi bantal dengan sebahagian wajahnya tidak kelihatan. Ia memberi aura sensual sama seperti album kelapannya, Folklore.ARTIS YANG BAKAL DITAMPILKAN
Ketika membuat pengumuman tentang The Tortured Poets Department, Taylor mendedahkan dua penyanyi yang ditampilkan dalam album itu. Artis yang dimaksudkan adalah Post Malone untuk lagu Fortnight dan Florence + The Machine buat lagu Florida!!!. Tidak dapat dipastikan siapakah rakan usaha sama untuk album ini namun kemungkinan besar adalah teman rapatnya sendiri seperti Jack Antonoff.THE TORTURED POETS DEPARTMENT PECAH REKOD
Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, ia telah pun memintas rekodnya sebelum ini. Selepas pelancaran albumnya diumumkan di media sosial, ia dibuka untuk prapesanan di laman web rasmi. Terdapat beberapa format yang tersedia untuk pembelian termasuk CD, kaset, vinil dan album digital. Tidak sampai 25 minit dibuka untuk prapesanan, vinil The Tortured Poets Department telah berjaya mengatasi angka prapesanan satu jam untuk album sebelumnya, Midnights (semua format).
Foto: Getty Images
Baca: Beyonce Bakal Muncul Dengan Renaissance Act II
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
