Home > Gaya Hidup > Datin X: Datin Komplot Pisahkan Anak Dengan Ibu
Datin X: Datin Komplot Pisahkan Anak Dengan Ibu
Kisah Datin X kembali, kali ini ceritera tentang datin muda yang sanggup menculik anak tirinya daripada madu kerana mahu mendapatkan keistimewaan daripada suami.
Sekarang ini tidak kisahlah kamu isteri pertama, kedua, ketiga mahupun yang paling muda, semuanya boleh bergelar datin. Siapa yang mahu marahkan kerana memang benar kamu sudah berkahwin dengan lelaki berstatus datuk. Kalau ada yang iri hati, wanita-wanita ini boleh sahaja hantar orang memberi amaran. Sudah semakin ramai wanita yang berani berlagak mafia sekarang. Kalau dahulu lelaki sukakan wanita yang malu-malu kucing, tetapi sikap itu sudah hampir mati dikalangan wanita muda. Mungkin dek kerana mainan media sosial. Maka wanita muda ini tampil dengan berwatakkan berani. Tetapi bagi Datin X, berani itu tidak kena dengan tempatnya. Tingkah laku wanita melayu yang anggun serta berbudi perlu kekal dijaga rapi.
Ada satu petang, sewaktu Datin X sedang membeli barang kemas di salah sebuah butik di Ampang datang segerombolan wanita-wanita muda masuk kedai yang sama. Bisingnya mereka tidak perlulah di cakapkan. Sambil membawa Birkin juga baju head to toe Gucci. Sekali tengok sudah tahu mereka ini adalah datin-datin muda atau wanita simpanan lelaki VIP. Buat kecoh di dalam kedai macam mahu membeli segala emas yang ada di dalam almari kaca. Mereka macam tak ada sopan santun. Tetapi pembantu kedai itu setia menurut segala perintah dan permintaan wanita-wanita muda ini. Mungkin takut dengan abang berbadan sasa yang mengekori wanita-wanita muda ini. Dalam hati Datin X, apalah yang nak dibawa sekali bodyguard itu? Hanya orang penakut dan mempunyai masalah sahaja yang perlukan bodyguard ke hulu ke hilir.
Setelah kurang selesa dengan situasi di kedai emas, Datin X meminta izin untuk meneruskan pembelian di dalam kamar VIP. “Yang bawa beg Birkin oren itu lah Datin ZP, isteri baharu Datuk Boy,” pembantu kedai berkongsi maklumat setelah Datin X bertanyakan siapakah mereka semua yang diluar sana. Barulah Datin X tah muka Datin ZP bagaimana. Kerana kisahnya sudah semua orang tahu. Dikalangan orang-orang penting, semua tidak mahu berkawan dengan Datin ZP ini. Sewaktu mula berkahwin dengan Datuk Boy, sikapnya langsung tidak sebegini. Sopan santun, apatah lagi kerja sebagai pramugari di awan biru. Tetapi sebalik senyuman dan tingkah laku yang anggun, dia inilah yang sanggup memisahkah anak tiri isteri pertama dengan ibu mereka.
Apa yang Datin X tahu, Datuk Boy memang sayangkan sangat anak-anaknya. Semuanya masih kecil. Paling tua pun masih bersekolah tadika. Tapi dek kerana mahu hidup bersama Datin ZP, dia sanggup letakkan anak-anaknya di rumah Datin ZP. Mula-mula isteri pertama larang, tetapi dalam senyap-senyap Datin ZP dan Datuk Boy ambil anak-anak ini ketika ibunya keluar kerja di waktu siang. Apabila diminta pulangkan anak-anak ke rumah ibunya, Datin ZP boleh suruh bodyguard halau isteri pertama itu pulang. Kerana katanya, ibu mana yang bodoh sampai tinggalkan anak di rumah dengan penjaga. Datin X tahu yang isteri pertama itu mempunyai perniagaan sendiri. Maju juga kerana dia pun asalnya daripada orang susah. Maka semua keringat diberikan agar usahanya itu tidak mati, sebab itu dia mahu terus bekerja.
Yang peliknya, tak kan lah Datin ZP ini tidak langsung punya perasaan belas kasihan sesama wanita? Sudahlah diberi greenlight untuk menumpang kasih dengan Datuk Boy, kini menculik anak tiri pula. “Datin ZP itu rasanya tidak boleh mengandung!” kongsi Datin Bainun ketika Datin X terserempak dengannya di Hotel Hilton setelah puas membeli barang kemas. Sebab itulah Datin ZP sanggup ambil anak-anak dan bawa pulang ke rumahnya. Jika tidak, mungkin lakinya akan selalu berada di rumah isteri pertama. Khabarnya Datin ZP pun sudah merancang untuk melakukan IVF, mungkin jika sudah ada anak sendiri, anak-anak isteri pertama ini ditendang keluar dari rumah! Bakal jadi macam bola pula Datin X melihat status anak-anak yang tidak berdosa ini. Harap nanti bila sudah menjadi ibu, Datin ZP akan mula sedar betapa pentingnya anak-anak membesar dalam rumah yang bahagia bersama kasih sayang yang sempurna.
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
