Related Stories
Home > Gaya Hidup > 5 Drama Lakonan Hebat Mimi Lana
Mimi Lana merupakan seorang pelakon berbakat yang semakin mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia dengan lakonannya yang versatil.
Dikenali dengan keupayaannya membawakan pelbagai watak dengan penuh emosi dan penghayatan, Mimi Lana mula menceburi dunia lakonan pada tahun 2013. Mimi telah membuktikan dirinya sebagai bintang yang mampu menyerlah dalam pelbagai genre. Mimi Lana memulakan kariernya pada tahun 2013 selepas meyertai rancangan Dewi Remaja. Sama ada drama cinta, konflik keluarga, atau kisah penuh intrik, Mimi akan sentiasa menyampaikan wataknya dengan sempurna. GLAM akan kongsikan enam drama hebat lakonan Mimi Lana yang meninggalkan impak mendalam kepada penonton dan memperkukuhkan lagi statusnya sebagai pelakon serba boleh.
Artikel Berkaitan: 7 Filem Untuk Ditontoni Di Netflix Sempena Cuti Krismas
#1 Andai Tiada Dia (2024)
Diarah oleh Riza Baharudin, Andai Tiada Dia merupakan salah satu drama terhangat pada tahun 2024. Drama ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana / Alicia Amin dan Zahiril Adzim. Mimi Lana memegang watak Intan, adik kepada Suri yang dilakonkan oleh Ummi Nazeera. Hisyam Hamid yang memegang watak sebagai suami kepada Suri kemudian berlaku curang dengan adik iparnya sendiri, Intan. Watak yang dilakonkan oleh Mimi Lana ini sungguh dibenci oleh penonton kerana lakonannya yang sangat realistik dan hebat.
#2 Hati Yang Tersakiti (2020)
Drama Hati Yang Tersakiti diarahkan oleh Feroz Kader dan dibintangi oleh Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana. Haris yang dilakonkan oleh Remy Ishak menjalani perkahwinan bahagia selama lima tahun bersama Mona (Nad Zainal). Kehidupan mereka berubah apabila Farah (Mimi Lana), sahabat lama Mona yang sedang menghadapi penceraian, datang menumpang di rumah mereka. Farah mula cemburu melihat kebahagiaan Mona dan berusaha merebut perhatian Haris. Lama-kelamaan, Haris tergoda dan berlaku curang, mengkhianati isterinya yang telah banyak berkorban demi sahabatnya. Watak antoganis sangat sesuai dengan riak wajah Mimi Lana yang penuh misteri dan dendam.#3 Framed: Can You Change Your Fate? (2024)
Framed: Can You Change Your Fate? merupakan drama arahan Sein Qudsi dengan skrip oleh Kyle Goonting. Drama ini dibintangi oleh Meerqeen, Mimi Lana, Ram Raaga dan Sangeeta Krishnasamy. Dalam drama ini, Mimi memegang watak Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama. Kamera tersebut mampu mencetak saat tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan. Berdasarkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka siasatan untuk mengetahui misteri kehilangan ibunya.
#4 Persepsi (2023)
Drama misteri Persepsi ini diarahkan oleh Tony Pietra Arjuna, dilakonkan oleh Mimi Lana, Julia Farhana Marin, Alicia Amin dan ramai lagi. Menceritakan tentang lima rakan yang pergi bercuti di sebuah villa yang terpencil, atas dasar ingin bertenang. Pelbagai perkara aneh menimpa mereka selepas mereka minum air biru aneh yang dinamakan Ocean Blue. Segala program dan aktiviti yang dijalankan mereka di sana semakin hari, menjadi semakin pelik.#5 Sekali Aku Jatuh Cinta (2016)
Siri drama televisyen romantik Malaysia ini merupakan arahan Pali Yahya terbitan SRS Production Sdn Bhd. Drama romantik ini dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Mimi Lana dalam gandingan pertama mereka. Mimi memegang watak Izzati, yang suka menghabiskan masa bersama atuknya. Manakala Syafiq Kyle memegang watak Johan, pelajar kursus jururawat yang terpaksa menipu dirinya seorang jururawat demi memikat hati Izzati.
#6 Perempuan Itu (2023)
Perempuan Itu merupakan sebuah drama arahan Ain Sharif yang di bintangi oleh Mimi Lana, Zul Ariffin dan Siti Hariesa. Selepas beberapa kali menjadi ‘penyondol’, Mimi Lana kali ini membawa watak yang ‘disondol’. Mimi memegang watak Khalish, seorang peguam syariah yang diatur untuk berkahwin bersama anak kepada kawan ibu bapanya, Emir (Zul Ariffin). Selepas 4 tahun berkahwin, Emir berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, keadaan berubah untuk rumah tangga mereka apabila Khalish mendapat tahu tentang kekasih simpanan Emir, Sierra (Siti Hariesa).
Artikel Berkaitan: 7 Filem Untuk Ditontoni Di Netflix Sempena Cuti Krismas
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
