5 Restoran Jepun Dengan Ochazuke Terbaik KL & PJ Mesra Muslim Patut Cuba
Ayuh Kenali YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam
“Saya Telah Lama Menanggung Rasa Malu” – Amy Schumer & Trikotilomania
Pengasas Bersama Kiddocare, Mui Mahmud Meninggal Dunia
Sosok Mengoda Michele Morrone untuk Devotion
Home > Gaya Hidup > Terbang Dari Subang, Jelajahi Dunia Bersama Batik Air Malaysia

Terbang Dari Subang, Jelajahi Dunia Bersama Batik Air Malaysia

Di sebalik setiap penerbangan, ada kisah menarik yang lebih daripada sekadar ke destinasi impian. Batik Air Malaysia kini menawarkan lebih daripada sekadar destinasi, ia membawa pengalaman kembara yang sarat dengan detik manis lagi bermakna. Setiap perjalanan sentiasa membawa kisah tersendiri. Ada yang pulang ke pangkuan keluarga ketika musim perayaan tiba. Ada yang meraikan detik-detik indah bersama insan tersayang di destinasi yang mempesonakan. Buat GLAM, ia menyempurnakan keinginan kami ke destinasi impian. Batik Air - 737-8 3

Landasan Baharu untuk Gaya Hidup Moden

Dalam usaha untuk menghampirkan kemudahan kepada pengembara di Lembah Klang, Batik Air Malaysia telah membuat langkah strategik dengan mengembangkan operasi mereka dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Bagi GLAM, landasan baharu ini ternyata memudahkan pengguna kerana tidak lagi perlu mengharungi kesesakan lalu lintas ke KLIA. Subang, dengan lokasi sentralnya, menawarkan akses yang lebih mudah dan pantas untuk penduduk Lembah Klang. Ia seperti mempunyai lapangan terbang di halaman belakang rumah anda sendiri sangat convenience! Penerbangan Batik Air Malaysia ini juga seiring dengan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang dan persediaan negara untuk Visit Malaysia 2026, menjadi tarikan utama untuk memudahkan pelancong asing menerokai Malaysia melalui pintu masuk yang lebih selesa dan efisien.

Bukan Sekadar Laluan, Ini Gerbang ke Dunia!

Pada Disember 2025, penerbangan antarabangsa dan domestik dari Lapangan Terbang Subang kini membuka laluan ke pelbagai destinasi impian dan yang paling menggembirakan, anda tidak perlu lagi bersusah payah ke KLIA! Sebanyak 9 laluan popular yang kini dibuka seperti Singapura, Bangkok, Jakarta, Kuching, Kota Kinabalu, Langkawi, Kota Bahru, Johor Bahru dan Penang. Lebih menarik lagi, buat anda yang ingin ke destinasi Singapura, Batik Air Malaysia membuka laluan baharu di Kota Kinabalu bermula Mac 2026. Selain itu, Lapangan Terbang Ipoh dan Penang juga mempunyai laluan terus ke Singapura.

Antara Laluan Terus dari Subang kini merangkumi:

Antarabangsa Tiga destinasi antarabangsa seperti Singapura, Jakarta Indonesia dan Bangkok Thailand kini laluan terus dari Lapangan Subang.

Domestik

Istimewa buat warga tempatan mahupun pelancong, Batik Air Malaysia juga membuka laluan terus dari Lapangan Subang ke destinasi domestik seperti Johor Bahru, Kota Bahru Kelantan, Langkawi, Kedah, Penang, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Ke Tashkent, Uzbekistan Dari Langkawi

Jika selama ini anda ke Tashkent,Uzbekistan hanya dari Lapangan utama seperti di KLIA, kini dengan lebih mudah Batik Air Malaysia mengumumkan laluan terus dari Langkawi ke Tashkent, Uzbekistan. Sebuah destinasi eksotik yang sedang naik mendadak dalam radar pelancong dunia.

Fakta Menarik: Batik Air Malaysia Bukan Syarikat Penerbangan Tambang Murah!

Ramai yang mungkin tidak menyedari, Batik Air Malaysia adalah syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (full service airline). Ini bermakna anda mendapat pengalaman terbang yang lebih selesa dan holistik, bukan sekadar tempat duduk, tetapi keseluruhan perjalanan yang bermakna.

Antara kelebihan yang anda akan nikmati:

  • Ruang kerusi yang lebih luas dan selesa berbanding penerbangan tambang rendah.
  • Kelas Perniagaan (Business Class) yang berbaloi bermula serendah RM399 sahala pergi! Dengan tiga tier harga iaitu Flexi, Value, dan Super Value, anda boleh pilih yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan perjalanan.
  • Rangkaian destinasi yang menakjubkan merangkumi lebih 63 destinasi di 20 buah negara.

Jelajahi Lebih Jauh Destinasi Batik Air Malaysia

Dengan jaringan penerbangan domestik dan antarabangsa yang luas, Batik Air Malaysia membawa anda ke pelbagai destinasi impian seperti Alor Setar, Bintulu, Johor Bahru, Langkawi, Penang, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Miri, Sandakan, Sibu dan Tawau. Ke laluan antarabangsa seperti Timur Tengah: Dubai, Jeddah, Indonesia: Bali, Banda Aceh, Batam, Jakarta, Lombok, Makassar, Medan, Padang, Pekanbaru, Pontianak, Surabaya & Yogyakarta, Jepun: Osaka, Okinawa, Tokyo, Asia Pasifik: Australia, Maldives, Thailand, Hong Kong, India, China, Vietnam, Dili, Asia Tengah: Tashkent (dari Langkawi) danSri Lanka: Colombo (bermula Mac 2026 destinasi terbaharu)

Pengalaman GLAM: 8 Orang, Satu Penerbangan, Seribu Kenangan

Team GLAM seramai 8 orang berpeluang merasai sendiri pengalaman laluan baharu ini dan ia cukup menyenangkan! Kami agak terkejut melihat tiket penerbangan ke Langkawi menerusi Lapangan Terbang Subang yang begitu mudah diakses. Penerbangan selama 54 minit itu cukup bermakna buat kami. Bukan mudah untuk kami berkumpul dan terbang bersama ke destinasi percutian terkenal di Malaysia sambil bekerja, namun Batik Air Malaysia memudahkan semuanya!   Merancang percutian bersama keluarga besar atau rakan-rakan? Batik Air Malaysia menawarkan kemudahan istimewa untuk kumpulan!

Pakej Kumpulan (minimum 10 orang):

Hantarkan emel ke groupod@batikair.com.my berserta nama, nombor IC, destinasi, serta tarikh pergi dan balik. Jika harga dan pakej sudah ditetapkan, pihak Batik Air akan mencipta pautan pembayaran khas. Pembayaran perlu diselesaikan dalam masa 24 jam, dan e-tiket akan dihantar terus kepada anda.

Program Pelajar & Tenaga Pengajar:

Ada juga program eksklusif untuk pelajar kolej dan universiti di Malaysia (kerajaan dan swasta) serta tenaga pengajar. Selepas mendaftar dan pengesahan dokumen, anda layak menikmati kemudahan dan tambang istimewa ke destinasi pilihan anda. Satu peluang yang sangat bernilai untuk mengembara sambil belajar! Artikel berkaitan The St. Regis Langkawi Destinasi Yang Mengajar Untuk Menikmati Hidup Perlahan