Destinasi Seni Baharu: 5 Muzium Baharu Yang Bakal Dibuka Pada 2026
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran ...
Read Full BioTahun 2026 dijangka menjadi tahun yang cukup menarik untuk dunia seni dan pelancongan. Beberapa projek seni berskala besar akhirnya bakal membuka pintu kepada orang ramai selepas bertahun-tahun dalam proses pembinaan. Kehadiran muzium baharu ini bukan sahaja memperkaya dunia seni global, malah memberi pengalaman budaya yang lebih segar kepada pengunjung.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, konsep muzium juga semakin berkembang. Ia tidak lagi sekadar ruang untuk melihat lukisan atau artifak lama, tetapi turut menampilkan pengalaman interaktif, teknologi moden serta pameran yang lebih imersif. Sebab itu setiap muzium baharu yang dibuka sering menjadi tumpuan pencinta seni dan pengembara dari seluruh dunia.
Jika anda suka memasukkan galeri seni dalam itinerari kembara, tahun 2026 menawarkan banyak pilihan menarik. Berikut beberapa muzium baharu yang dijangka menjadi destinasi seni paling dinanti tahun ini.
Muzium baharu yang bakal dibuka 2026 paling dinantikan
1. Guggenheim Abu Dhabi – muzium baharu yang ambil masa sedekad untuk dibina
Selepas lebih sedekad dalam perancangan, Guggenheim Abu Dhabi akhirnya dijangka dibuka kepada umum pada 2026. Muzium ini bakal menjadi muzium terbesar dalam rangkaian Solomon R. Guggenheim Foundation.
Direka oleh arkitek terkenal Frank Gehry, bangunan ini menampilkan reka bentuk futuristik yang cukup ikonik. Ia akan menampilkan koleksi seni moden dan kontemporari dari Timur Tengah, Asia dan Afrika, menjadikannya salah satu muzium baharu paling penting di rantau tersebut.
2. Lucas Museum of Narrative Art, Los Angeles
Dengan lebih 40,000 koleksi seni yang bakal dipamerkan, muzium ini dijangka menjadi antara muzium baharu paling menarik di Amerika Syarikat. Reka bentuk bangunannya yang futuristik juga sudah menjadi perhatian ramai sejak awal pembinaannya.
3. V&A East Museum, London – muzium baharu patut lawat tatkala bercuti di United Kingdom
Berbeza daripada muzium tradisional, V&A East memberi tumpuan kepada budaya kontemporari dan kreativiti global. Ia dijangka menjadi antara muzium baharu paling dinamik di Eropah.
See Also
4. National Geographic Museum of Exploration, Washington D.C.
Pameran di sini akan menampilkan kisah ekspedisi terkenal, fotografi hidupan liar serta penemuan saintifik yang membantu manusia memahami planet ini. Ia juga dijangka menjadi salah satu muzium baharu paling menarik untuk pencinta alam dan sains.
5. West Seoul Museum of Art, Seoul
Dengan pendekatan pameran yang lebih inovatif, ia dijangka menjadi antara muzium baharu yang membantu mengukuhkan reputasi Seoul sebagai salah satu pusat seni moden di Asia.
Muzium baharu yang mengubah cara kita berfikir
Kehadiran pelbagai muzium baharu ini menunjukkan bagaimana dunia seni terus berkembang. Muzium kini bukan lagi sekadar tempat menyimpan karya seni, tetapi ruang untuk merasai pengalaman budaya yang lebih hidup dan interaktif.
Bagi pencinta travel, pembukaan muzium baharu ini juga memberi alasan baharu untuk merancang destinasi seterusnya. Siapa tahu, salah satu daripadanya mungkin menjadi lokasi seni paling trending di dunia dalam masa terdekat.
Artikel berkaitan: Tempat Percutian Tersembunyi di Asia Untuk Dilawati Pada Penghujung Tahun
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
