Gigi Hadid Dedah Hubungan Bersama Bradley Cooper Pada Hari Lahirnya
Mira Filzah Ulas Berita Kehamilan
Panduan Lebih Kemas Dan Selamat Bersama GLC 350 e 4MATIC Coupe
7 Lapangan Terbang Paling Mengagumkan Di Dunia
Wajah Terbaharu Tom Cruise Mencetus Perdebatan Peminat

Ini 5 Aktiviti Healing Hujung Minggu Untuk Anda

Kadang-kala diri jadi buntu setiap kali tibanya hujung minggu. Membosankan! Apa kata anda cuba 5 aktiviti healing hujung minggu pilihan GLAM ini. Mana tahu mampu menceriakan hati anda!

Benar atau tidak, kadang-kala diri ini terasa malas sekali hendak keluar rumah. Lagi-lagi jikalau di ajak bersosial. Jika terjadinya hal sebegini, mulalah diri menyalahkan faktor usia. Hmm, jangan risau, ramai teman-teman di GLAM juga berperangai sebegini. 

Namun, hujung minggu tidak semestinya anda habiskan masa bersama kawan-kawan. Jikalau tanya pada saya, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan diri sendiri. Tidak salah jika anda keluar membeli-belah seorang diri, menikmati kopi tanpa teman atau juga melawat galeri seni sendirian, bukan?

“Alah, lebih baik duduk di rumah, tonton Netflix sepanjang hari.” Ada hari-hari pasti diri akan rasa sebegini. Apa kata, minggu ini anda pilih untuk bangkit dari katil awal pagi dan mulakan hujung minggu dengan aktiviti yang menguji diri! Seorang diri! 

5 Aktiviti Healing Hujung Minggu

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#3 Janda Baik Untuk Nikmati Alam Semulajadi

Hendak mandi air terjun ataupun menyendiri sambil menikmati ketengan alam semulajadi, Janda Baik adalah lokasi paling tepat. Satu jam perjalanan dari bandar Kuala Lumpur ini mampu menjanjikan hujung minggu yang sempurna untuk anda. Jika anda tidak mahu berjalan seorang diri, bawa ibu dan bapa anda sekali. Boleh minum-minum kopi dalam cuaca sejuk pagi!

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse