Related Stories
Home > Gaya Hidup > Keperitan Dilalui Sinead O’Connor 18 Bulan Sebelum Pemergiannya
Keperitan Dilalui Sinead O’Connor 18 Bulan Sebelum Pemergiannya
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Sinead O’Connor atau nama Islamnya Shuhada’ Sadaqat menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun.
Pelantun lagu Nothing Compares 2 U itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di London pada hari Rabu, 26 Julai lalu. Khabar duka itu dikongsi oleh ahli keluarganya menerusi satu kenyataan rasmi. “Dengan rasa dukacita kami ingin mengumumkan bahawa Sinead O’Connor telah meninggal dunia. Kami amat terkesan dengan pemergiannya dan memohon agar diberikan ruang pada saat sukar ini.”
Menurut keluarganya, Sinead O’Connor telah bertahun-tahun bergelut dengan masalah kesihatan mental. Dia disahkan menghidap gangguan bipolar kesan trauma zaman kanak-kanak di mana dia mengakui menjadi mangsa dera ibunya. Malah dia sering berkongsi pergelutannya itu di media sosial, juga dalam memoirnya berjudul Rememberings yang diterbitkan pada 2021.
Kesihatan mentalnya menjadi lebih teruk setelah kematian salah seorang anak lelakinya, Shane Lunny pada Januari 2022. Remaja berusia 17 tahun itu meragut nyawa sendiri selepas melarikan diri daripada pengawasan pihak hospital. Kematian Shane amat memberi kesan terhadap kesihatannya, menyebabkan dia terlantar di hospital selama seminggu. Dia turut membatalkan semua persembahan sepanjang tahun lalu akibat kemurungan berpanjangan.
Sinead O’Connor bergelar penyanyi pada tahun 1980-an menerusi album pertama, The Lion and The Cobra. Namanya menjadi sebutan peminat selepas pelancaran album I Do Not Want What I Haven’t Got pada 1990. Lagu popularnya yang ditulis oleh mendiang Prince, Nothing Compares 2 U berjaya menembusi carta global dan dinobat sebagai lagu nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards.
Sejak memeluk Islam pada 2018, dia menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat namun masih mengekalkan Sinead O’Connor sebagai nama pentas. Kurang dua minggu lalu dia berkongsi perancangan untuk melancarkan album baru dan impian untuk menjayakan konsert jelajah dunia.
Kenali Beam, Pelakon Utama Siri ‘Thai Cave Rescue’ , Terbaru Di Netflix
GLAM Profil: Ferhat Nazri
Terapi Tubuh Sihat Wanita Alaf Baru
Bella Hadid Dan The Weeknd ‘Putus’ Lagi, Sumber Mengatakan Ini Puncanya…
Bicara Peluncuran Elektrik Volvo Cars Bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump
Ini Waktu Paling Subur Kaum Lelaki Perlu Anda Tahu!
“Hai semua, saya berpindah balik ke London baru-baru ini, selepas 23 tahun. Teruja dapat ‘pulang’ ke sini. Album terbaru saya hampir siap dan akan dikeluarkan pada awal tahun depan. Saya berharap dapat mengadakan konsert di Australia dan New Zealand menjelang akhir tahun 2024. Eropah, Amerika Syarikat dan negara lain pula pada awal tahun 2025.” Malangnya hasrat itu tidak kesampaian kerana ajal lebih awal menjemputnya.
Foto: Getty Images
Baca: 7 Selebriti Tampil Kongsikan Pertarungan Gelap Dengan Kesihatan Mental

Foto: Twitter
Sinead O’Connor Luah Kerinduan Buat Puteranya
Menerusi ciapan terakhir di akaun Twitternya yang kini telah dipadam, ikon muzik kelahiran Ireland itu meluahkan keperitan yang dialaminya. “Saya bagaikan mayat hidup sejak pemergiannya. Dia adalah cinta hati saya, pelita jiwa saya. Kami bagaikan satu jiwa dalam dua jasad. Dia satu-satunya insan yang menyayangi saya tanpa syarat. Saya terperangkap di alam ‘bardo’ tanpa kehadirannya.” Ibu kepada empat cahaya mata itu turut memuat naik beberapa pautan lagu sedih dan menyayat hati di Spotify. Ia termasuk Chenrezi, How Can You Mend a Broken Heart, Here But I’m Gone dan No One Knows About a Good Thing. Dia mendedikasikan salah satu lagu itu kepada semua ibu yang kehilangan anak akibat membunuh diri.
Sinead O’Connor bergelar penyanyi pada tahun 1980-an menerusi album pertama, The Lion and The Cobra. Namanya menjadi sebutan peminat selepas pelancaran album I Do Not Want What I Haven’t Got pada 1990. Lagu popularnya yang ditulis oleh mendiang Prince, Nothing Compares 2 U berjaya menembusi carta global dan dinobat sebagai lagu nombor satu dunia oleh Billboard Music Awards.
Sejak memeluk Islam pada 2018, dia menukar namanya kepada Shuhada’ Sadaqat namun masih mengekalkan Sinead O’Connor sebagai nama pentas. Kurang dua minggu lalu dia berkongsi perancangan untuk melancarkan album baru dan impian untuk menjayakan konsert jelajah dunia.
Foto: YouTube/The Late Late Show
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
