Home > Gaya Hidup > Alena Murang Lancar Album Terbaharu
Alena Murang Lancar Album Terbaharu
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Apr 13, 2021
Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas album sulungnya berjudul Flight pada tahun 2016, kini penyanyi sape’ Alena Murang membawakan nada baharu di dalam album lapan track, Sky Songs.
Album yang boleh dianggap bijak dan berseni, Alena Murang menampilkan kelainan dalam album terbarunya dengan menggunakan alat muzik yang merupakan alat muzik asli Borneo, termasuklah Sape’, Tubong, Pagang, tikar rotan, dan juga beberapa alat muzik budaya seperti dram taiko, cowbells dan beberapa alat muzik biasa seperti gitar, gitar bass, kit dram dan serunai konsert. Album fizikal Sky Songs disertakan bersama sebuah buku lirik lagu dengan terjemahan Bahasa Inggeris, cerita dan gambar-gambar tanah tinggi langit. Penerbitan album ini juga disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Yayasan Budaya Dayak Sarawak. Diinspirasikan daripada cerita-cerita nenek moyangnya yang tinggal di langit dan di bumi, album ini merupakan sebuah perjalanan melewati kosmos; sebuah lagu untuk sang pahlawan yang melihat kabus pada pagi hari pertempuran; sebuah lagu melihat awan dan mengetahui bahawa itulah masa yang terbaik untuk berhijrah; sebuah lagu meratap guruh dan sang bulan. Sungguh mendalam sekali. Alena baru-baru ini melancarkan dua single, Gitu’an dan Meno’, yang terdapat dalam album ini. Dalam album Sky Songs ini juga terdapat dua lagu instrumental, satu lagu dalam Bahasa Kenyah, empat lagu dalam Bahasa Kelabit, dan buat pertama kali, sebuah lagu Inggeris. Bahasa Kenyah dan Kelabit merupakan dua bahasa yang semakin pupus di Malaysia.
“Album ini dinamakan Sky Songs kerana ia merupakan sebuah representasi nenek moyang kita dan bagaimana kehidupan kita di bumi ini amat suci. Ada cerita-cerita tentang kehebatan nenek moyang kita yang dahulunya tinggal di langit dan turun ke bumi melalui air terjun. Dan kini, apabila kita mendongak ke langit dan melihat kepulan awan putih, atau bintang-bintang bergemerlapan, mahupun kegelapan, ia mengingatkan kita untuk terus berpijak di bumi dan hidup sebagai sebuah komuniti dengan setiap makhluk bumi kerana kita saling memerlukan. Nenek moyang kita juga mempunyai hubungan istimewa dengan alam semesta, dari matahari ke langit, pokok-pokok dan kesemua hidupan. Mereka mengatakan bahawa langit itu umpama ‘kubah pelindung matahari yang besar’ dan semua hidupan di bumi hidup dibawahnya. Dan kerana itu jugalah saya memilih untuk menyanyi dalam Bahasa Kenyah dan Kelabit demi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman. Bahasa itu mewakili kepelbagaian perkara yang berlaku dalam sesebuah kehidupan – termasuklah individu dan komuniti, serta persepsi kita terhadap realiti dan kehidupan. Maka dengan itu, album ini merupakan salah satu cara saya untuk memastikan warisan kita yang indah ini dapat dipertahankan dengan harapan agar anak-anak kita dan generasi hadapan dapat menerima dan menghargainya.” – Alena Murang
Pautan berkaitan:10 Fakta Menarik Mengenai Album Ikonik Adele ‘21’
Use your ← → (arrow) keys to browse
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
