Bold Hues, Trend Hiasan Dalaman Pilihan Tahun 2023
Semakin hari, semakin banyak idea-idea baru dalam menghias ruang rumah melintasi ruang timeline media sosial kami. Semestinya trend hiasan dalaman ini sering berkembang dengan laju dan sering berubah-ubah seiring dengan masa dan era ketika itu. Juga dapat kita lihat, semakin banyak pempengaruh digital generasi hari ini yang juga merupakan pereka hiasan dalaman semakin dikenali dan diikuti hari ini.
Namun soal gaya dekorasi ini ternyata sebenarnya amat personal dan lebih berpandu kepada estetika juga ‘taste’ si penghias mengikut gaya masing-masing. Ada yang sukakan gaya kontemporari, Scandinavian, arkitektur moden, industrial, minimalis dan pelbagai lagi.
Namun, hari ini, satu trend hiasan dalaman yang semakin popular dan mendapat perhatian anak muda hari ini, ialah gaya dekorasi yang punya suntikan rona terang atau bold hues. Malah dikatakan menjadi trend dekorasi paling diminati tahun 2023. Bukan itu sahaja, desain dan konsep ini adalah antara yang menjadi pilihan pempengaruh digital moden hari ini.
Selamat tinggal kepada hiasan rona-rona kosong, tahun ini ramai yang menginginkan suntikan personaliti dan tenaga pada ruang rumah mereka.3 Cara Membawa Konsep Bold Hues, Trend Hisan Dalaman 2023 Ke Rumah Anda
Kami tahu, untuk menyuntik rona-rona terang dan meriah sememangnya ‘menakutkan’ kerana jika salah kombinasinya, rumah akan kelihatan serabut dan kacau-bilau keindahannya. Namun, saranan kami adalah untuk mulakan dengan meletakkan ‘aksesori’ warna ini sedikit demi sedikit. Melalui itu, anda tahu bagaimana hendak menyeimbangi ruang dekorasi rumah anda. #1 Fokus pada ruang lantai Lantai rumah semestinya akan hadir dalam rona asas, baik putih marmar atau berkayu. Padankan ruang lantai anda dengan karpet yang kaya dengan rona. Biarkan ruang anda turut tampak berseri daripada bahagian bawah. Main dengan karpet yang juga memiliki tekstur serta bentuk yang pelbagai dan tempatkan ia di ruang sofa anda.
Gambar: Pinterest
#2 Pastikan rona cat dinding tidak keterlaluan Untuk menghasilkan konsep trend hiasan dalaman bold hues pada ruang rumah anda, kami sarankan untuk elak bermain dengan warna meriah pada cat dinding. Lebih elok, dibiarkan pada warna-warna neutral seperti putih, off-white, beige. Ini bagi menaikkan lagi seri hiasan rumah anda yang bakal menempatkan aksesori penuh warna-warni.
Gambar: Pinterest
Gambar: Pinterest
5 Pempengaruh Digital Pereka Hiasan Dalaman Perlu Ada Follow Tahun 2023
#1 Loi Doan @kaerukeki
https://www.instagram.com/p/CvqDV5HpQeu/ #2 Karina x Lucie @our92sqm
#3 Adam Spychala @didyouseeadam
https://www.instagram.com/p/CxlZKuWMkde/
#4 Wiola Marut @rapsodia_w
https://www.instagram.com/p/Cy5lLkoMMhu/
#5 Mariàn @___mrdna
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
