AsterSpring Memenuhi Kemahuan Wanita
Di AsterSpring, kini anda bukan sahaja dapat menjalankan rawatan penjagaan muka, malah rawatan untuk penjagaan badan turut disediakan. Adakah anda masih mempunyai masalah selulit walaupun setelah menjaga diet dan bersenam? AsterSpring menawarkan penyelesaian untuk menghapuskan lemak degil dengan rawatan badan LPG Integral. Bahagian utama yang boleh diberikan perhatian penuh adalah seperti kawasan lengan dan bahagian belakang, perut dan pinggang, bahagian punggung, serta paha dan lutut. Sudah tentu rawatan sedemikian hanya akan menunjukkan kesan yang ketara selepas beberapa kali sesi, tetapi kesan kecil seperti sedikit ketegangan pada kulit dapat dirasakan selepas sesi yang pertama. Istimewa turut disediakan, pelanggan boleh relaks dan memanjakan diri ibarat belaian spa segera dengan menikmati "Hot Chamber" (Hanya di cawangan Bangsar Shopping Centre, Greenlane Penang, dan One Utama Shopping Centre) untuk beberapa minit selepas rawatan LPG anda.
Selain itu, kehidupan yang sibuk, cuaca yang tidak menentu, serta pelbagai lagi faktor lain mampu memberikan tekanan kepada kulit wajah. Kini AsterSpring menawarkan rawatan wajah terbaru untuk membantu mengukuhkan dan mengembalikan semula keseimbangan kepada mikrobiotik wajah. Rawatan terapi ini bermula dengan dua kali pembersihan, pengelupasan dan pengekstrakan sebagai persediaan kulit untuk menyerap kesemua ramuan utama melalui ampul kabus dan serum. Sudah tentu sekali anda boleh merujuk ke mana-mana cawangan AsterSpring yang terdekat, untuk mencuba sendiri rawatan mereka yang sememangnya menjadi pilihan ramai.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
May 25, 2026
Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tampil Di Luar Jangkaan
May 25, 2026
Our Second Nature Sambut Satu Dekad Dengan ‘Mise-En-Place’
May 25, 2026
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
May 24, 2026
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’
May 22, 2026
Barang Kemas Yang Curi Tumpuan di Cannes 2026
May 22, 2026
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan Kuasa Pilihan Komuniti Kecantikan
May 21, 2026

