Related Stories
Home > Gaya Hidup > DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas!
DATIN X: Puan Sri Gila Berlian, Habis Barang Kemas Peninggalan Isteri Pertama Dikebas!
By
Nisa' Halid
Nisa' Halid
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa di...
Read Full Bio|
Jul 20, 2022
Tidak sabar, Puan Sri sanggup malu dicerca dari menunggu lama untuk mendapatkan gelaran baru yang dipuja-puja.
Orang kata, kubur masih lagi merah si duda sudah gila bayang mahu kahwin baru. Satu Malaysia mengata isteri baru Tan Sri Sazaly. Yang si suami satu hal la, tapi mana malunya si isteri yang tidak sedar diri dan tidak mampu tahan nafsu? Datin X faham, cinta tidak boleh dipaksa apatah lagi ditangguh tetapi inikan melibatkan kematian seseorang, mana hilang hormat kepada si mati? Lagi-lagi teman baik sendiri? Mungkin sudah lama Puan Sri Laila mengidam untuk jadi isteri Tan Sri Sazaly langsung mendapat gelaran yang diidam-idamkan. Asyik menempel tak sudah-sudah di setiap majlis keramaian keluarga Tan Sri Sazaly and arwah Puan Sri Juju dahulu. Orang yang melihat naik meluat. Gossip meliar tentang perangai buruk Puan Sri Laila ni. ‘Baik ada makna’ —inilah yang selalu Datin X dengar tentang dirinya. Ramai yang mengata, antaranya dia dicop perempuan tak tahu malu, gila harta, hati kering dan sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri dan kemahuan hati. Punya anak bukannya satu tetapi lima orang bersama suami yang terdahulu, Puan Sri Laila nekad mahu berpisah dan fokus kepada menjadi bini muda Tan Sri Sazaly. Kamali seorang suami yang baik orangnya. Nak dijadikan cerita ada seorang teman Datin X ni, satu tempat kerja dengan Kamali. Kamali sering bercerita tentang masalah rumah tangga yang dialami sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Sanggup Puan Sri Laila meninggalkan mereka anak beranak hanya mahu beramah mesra dengan keluarga Tan Sri Sazaly. Menurut Kamali, dia sudah berasa hairan dan tertanya- tanya namun dia mungkin hal kerja jadi dia bersikap positif. Siapa sangka ada udang di sebalik batu, kan? Dua atau tiga bulan sebelum peninggalan Puan Sri Juju, mereka berdua sah bercerai. Lebih rancaklah dia berkunjung ke kediaman Tan Sri Sazaly dengan alasan mahu melawat Puan Sri Juju. Kala anak-anak Tan Sri Sazaly sudah panas punggung melihat kemersraan dan betapa akrab bapa mereka dengan Puan Sri Laila namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana segala fokus diberikan kepada ibu mereka yang sedang tenat. Setelah perginya Puan Sri Laila, rutin yang sama masih berjalan seperti biasa. Tan Sri makin mesra disampingnya dan nampaknya taktik kotornya menjadi. Anak-anak sudah boleh meneka ada sesuatu antara mereka. Lebih meloyakan apabila, salah seorang anaknya bercerita kepada Datin X tentang tindak tanduknya agar Tan Sri Sazaly terus menerus gila bayang.“Setiap kali datang ke rumah, dia akan bawa masakan dari rumah. Katanya itu air tangannya dan Abah makan hingga menjilat jari!,” kata anak yang kedua.Pautan berkaitan: Datin X: Datin Sri Sorok Cucu Di Luar Negara Anak yang bongsu pula bercerita, “Ada satu majlis ni, dia tunggu di luar tandas sambil memegang tuala. Layanannya memang first-class dan tiada tandingan!” Siapa yang dapat mengelak daripada jatuh cinta jika diberi perhatian dan layanan seumpama ini? Artikel sepenuhnya di dalam GLAM JUN/JULAI 2022 Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
