Home > Gaya Hidup > “Dreams Do Come True” – Ernie Zakri Hiasi Billboard Times Square New York
“Dreams Do Come True” – Ernie Zakri Hiasi Billboard Times Square New York
Ernie Zakri mengikut jejak langkah beberapa penyanyi tempatan dengan muncul di papan digital gergasi di Times Square New York.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ernie Zakri meluahkan rasa teruja dan tidak percaya kerana menjadi artis pilihan Spotify bulan ini. “Dreams do come true. Your girl is the EQUAL ambassador of the month! Mama, kita ada kat Billboard NYC!”
https://www.instagram.com/p/CsnRdZ1piXb/?hl=en
Terkenal dengan vokal mantap, pelantun Ku Bersuara ini gembira melihat segala penat lelahnya membuahkan hasil. Dia menganggap penghormatan ini sebagai satu kejayaan terbesar yang diraihnya sebagai penyanyi. “Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Saya tak pernah terbayang satu hari nanti wajah akan terpampang di papan iklan New York Times Square,” katanya, memetik laporan Utusan.
Pencapaian ini turut membakar semangatnya untuk terus menghasilkan lebih banyak karya tahun ini. “Saya bercadang untuk mengeluarkan lebih banyak lagu dan mungkin sebuah album pada hujung tahun. Banyak yang sudah saya rancang jadi tolong doakan semuanya dipermudahkan,” sambungnya.
Penyanyi berusia 30 tahun ini mengikuti jejak langkah beberapa artis tempatan yang diberi penghargaan sedemikian. Bermula dengan Yuna, ia diikuti dengan Layla Sania, Dolla, Iman Troye, Vanessa Reynauld, Aina Abdul, Datuk Siti Nurhaliza, Aisha Retno dan Kaka Azraff. Ini turut menjadikannya artis wanita berhijab keenam dari Malaysia yang ditampilkan pada papan iklan tersebut.
Foto: Instagram
Baca: Dolla Hiasi Billboard Ikonik di Times Square New York
Ernie Zakri Mahu Terus Memperkasa Wanita
Ibu kepada Nur Khawla Soleha itu dipilih oleh laman penstriman muzik digital, Spotify bagi mewakili Malaysia dan Singapura untuk kempen Equal. Kempen global ini bertujuan memupuk kesaksamaan dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh pelosok dunia. “Saya sentiasa ingin menjadi versi terbaik diri saya. Kebanyakan lagu saya membawa pesan pemerkasaan wanita. Dan inilah yang ingin saya laungkan. Mimpi boleh menjadi kenyataan jika kita bekerja dengan bijak. Banyak yang telah saya pelajari. Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya. Tapi kini setelah bergelar ibu dan isteri saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan.”
Foto: Instagram
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
