Dolce & Gabbana Sendiri Menghasilkan T-Shirt #BoycottDolceGabbana
Seperti rekaannya yang sangat maximal, pendekatan Dolce & Gabbana kepada kontroversi juga tidak kurang hebatnya.
Baru-baru ini Melania Trump dilihat melalui lensa-lensa kamera antarabangsa mengenakan beberapa rekaan Dolce & Gabbana sewaktu menghadiri acara-acara penting di serata dunia. Seperti jaket floral bernial $51,000 yang dipakainya sewaktu berada di Sicily.
Stefano Gabbana tidak segan untuk menunjukkan keterujaannya apabila dia mengetahui Melani memakai rekaan mereka dan telah pun berkongsikan kegembiraannya pada akaun Instagramnya.
Dengan berbuat demikian, Gabbana mula dicemuh dan dikritik oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh Gabbana kepada Melania ikut boikot yang dilakukan oleh beberapa pereka ternama yang enggan menggayakan Melania.
Gabbana walau bagaimanapun tidak berdiam diri lalu membidas kembali kritikan yang dilemparkan kepadanya dengan cara yang menggunakan kepakaran pereka tersebut: fesyen.
Dolce & Gabbana telah mengeluarkan koleksi kemeja-t dengan hashtag yang digunakan oleh mereka yang mahu memboikot jenama tersebut, #BoycottDolceGabbana. Malah mereka turut menampilkan kempen untuk mempromosikan kemeja-t mereka itu.
Bravo, Dolce & Gabbana?
Pilihan Bacaan Seterusnya
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026
