fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Louis Vuitton Women’s Cruise 2024 Show Livestream
7 Gaya Selebriti Wanita Di Paris dan Milan Men’s Fashion Week
Bercuti Bersama Koleksi Paradiso, Kolaborasi Buttonscarves x Jovian
Menggamit Memori, Loewe Bertemu ‘Spirited Away’ dalam Satu Koleksi Kapsul
It-Eyewear: Obsesi Aksesori Terbaru

Ameera Khan Curi Tumpuan di Milan Fesyen Week

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Dolce & Gabbana

Ameera Khan

Ameera Khan melangkah penuh keyakinan di dalam sut hitam Dolce & Gabbana bagi penampilannya yang terakhir di Milan Fesyen Week 2025. Potongan oversized pada blazer memberi efek maskulin yang dominan, namun disulamkan dengan sentuhan feminin melalui aksesori dan fabrik pada busana. Helaian ini melakarkan penyataan fesyen yang menunjukkan keberanian dan penuh karisma tentang dirinya. Keseluruhan penampilannya sepanjang minggu fesyen ini bukan sekadar meraikan keindahan fesyen, tetapi juga menjadi manifestasi gaya yang matang dan berani.

Sebagai wajah muda yang kian mekar dalam dunia fesyen, kehadiran Ameera di Milan Fesyen Week bukan sekadar mencuri perhatian lensa kamera, malah turut membuktikan keupayaannya sebagai ikon fesyen masa kini. Setiap langkahnya di pentas kota fesyen ini adalah refleksi kepercayaan jenama-jenama rumah fesyen terbesar di dunia terhadap pengaruh dan identitinya yang unik. Milan menjadi saksi kepada transformasi Ameera Khan dimana beliau bukan sekadar seorang personaliti media sosial, tetapi seorang figura fesyen yang semakin mencipta legasinya sendiri.

 

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Tips Amal Wajib: Kekal Hidrat Sepanjang Ramadan

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse