Hak Penerbitan Muzik Shakira Kini Milik Hipgnosis Songs Fund
Setelah berdekad terlibat dalam bidang nyanyian, Shakira akhirnya membuka satu langkah ke hadapan dengan menjual keseluruhan katalog muziknya.
Berita ini didedahkan sendiri oleh syarikat pengurusan lagu dan pelaburan harta intelek muzik, Hipgnosis Songs Fund Limited minggu lalu. Merck Mercuriadis selaku pengasas berkongsi di Twitter, “Selamat datang ke dalam keluarga Hipgnosis @shakira. Satu perkara yang orang lain tidak boleh ambil mudah adalah hakikat bahawa Shakira merupakan salah seorang daripada penulis lagu paling serius dan berjaya dalam tempoh 25 tahun lalu. Dia menulis kesemua lagu rakamannya sendiri, atau bersama penulis bersama.”
Keseluruhan katalog muzik Shakira merangkumi 145 lagu termasuk yang popular seperti Hips Don’t Lie, La Tortura dan She Wolf. Kolaborasi terbaharu bersama Black Eyed Peas, Girl Like Me juga tersenarai. Namun, Hipgnosis tidak mempunyai hak penerbitan terhadap lagu yang dihasilkannya di masa hadapan.
“Menjadi penulis lagu adalah pencapaian yang saya anggap sama, atau mungkin lebih besar daripada menjadi penyanyi dan artis,” kata Shakira dalam satu kenyataan. “Pada usia 8 tahun, lama sebelum bergelar penyanyi, saya menulis untuk memahami dunia. Setiap lagu adalah refleksi diri saya pada waktu saya menulisnya. Namun setelah lagu itu diperdengarkan kepada dunia, ia tidak lagi menjadi milik saya seorang, tetapi juga milik mereka yang menghargainya.”
Setakat ini, harga jualan katalog tersebut masih belum didedahkan. Kolaborasi Shakira bersama The Black Eyed Peas berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Billboard Global 200. Kemuncakpada tangga ke-56, ia telah berada di dalam carta selama lima minggu. Sony/ATV dikatakan akan terus memantau katalog penyanyi Latin ini.
Shakira Pada 2017, El Dorado memenangi anugerah Grammy untuk album pop Latin terbaik, manakala Fijación Oral Vol. 1 berjaya merebut anugerah Grammy untuk album rock/alternatif Latin terbaik pada 2005. Shakira sekali lagi memenangi album pop Latin terbaik untuk MTV Unplugged pada 2000.
Bukan itu sahaja pencapaian Shakira. Dia juga pernah dicalonkan oleh Recording Academy sebanyak kali. Lagu hit Hips Don’t Lie dan Beautiful Liar pernah dicalonkan untuk anugerah Grammy pada 2006 dan 2007.
Foto: Cosmopolitan
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
