Ini Konsert Yang Bakal Menggegar Pentas Malaysia Tidak Lama Lagi!
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBuat tahun 2026, pentas di Malaysia bakal menjadi titik temu hiburan dan euforia apabila legenda tempatan dan bintang antarabangsa bersilih ganti menghadirkan malam muzik yang menjanjikan kenangan, gema suara dan getaran untuk dinantikan.
Memasuki tahun baharu, gelombang konsert bakal menjadi saksi dan menggegarkan Kuala Lumpur dengan himpunan konsert yang cukup mengujakan. Daripada bintang K-pop dan R&B antarabangsa hingga ke bintang tanah air yang tidak pernah pudar sinarnya. Buat tempat pula, dari panggung megah di Axiata Arena hingga ke National Stadium Bukit Jalil, setiap persembahan menjanjikan pengalaman muzik yang tersendiri, membawa penonton menyelami rentak, rasa dan kenangan yang tak dilupakan.
Himpunan Konsert Yang Bakal Berlangsung Untuk Dinantikan
1. Legacy 30 Siti Nurhaliza Passion, Sincere and Love

Legenda muzik Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, akan menggegarkan National Stadium Bukit Jalil pada 10 Januari 2026 dengan konsert “Legacy 30”, sebuah penghormatan kepada tiga dekad bakatnya yang tiada tandingan, di mana suara, rasa dan kenangan bertaut dalam satu malam istimewa.
2. Super Junior – Super Show 10

Bintang kumpulan K-Pop, Super Junior bakal menyinari pentas Axiata Arena, Bukit Jalil pada 17 Januari 2026 sebagai sebahagian daripada jelajah dunia 20 tahun mereka dengan “SUPER SHOW 10”. Ia pentas yang akan merayakan dua dekad karier dengan campuran lagu-lagu ikonik dan persembahan energi tinggi untuk E.L.F di Malaysia.
3. GIVĒON – Dear Beloved The Tour

Penyanyi R&B bertaraf Grammy GIVĒON akan membawa momen puitisnya yang emosional ke Idea Live Arena pada 7 Februari 2026. Konsertnya ini akan mempersembahkan hitsnya seperti Heartbreak Anniversary dan Like I Want You dalam tur “Dear Beloved”, ia akan menjadi sebuah malam penuh kedalaman vokal dan perasaan.
4. Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 2026

Ratu rock Malaysia, Ella akan turut kembali di National Stadium Bukit Jalil pada 14 Februari 2026, menghadirkan konsert “Majlis Tertinggi Rockqueen” yang mempersembahkan seleksi lagu klasik dan ikoniknya yang melintasi dekad.
5. ATEEZ 2026 World Tour – In Your Fantasy

K-pop powerhouse ATEEZ akan membawa dunia “In Your Fantasy” ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 Mac 2026, menjanjikan persembahan berapi, koreografi dinamik dan visual yang memukau. Ia akan menjadi satu malam yang pasti meninggalkan getaran tidak terlupakan untuk ATINY di Malaysia.
Artikel berkaitan: Deretan Selebriti Yang Sedang Membuat Jelajah Konsert World Tour
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
