fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
K-Pop Demon Hunters Ukir Kemenangan Di Oscars 2026
Mercu Kemewahan Progresif: BMW X7 xDrive40i Pure Excellence
Kenali Tom Blyth Dari The Hunger Games: The Ballad Of Songbirds & Snakes
6 Filem Paling Dinantikan Di Venice Film Festival 2025
10 Fakta Mengenai Gigi Hadid Yang Anda Perlu Tahu
Home > Gaya Hidup > Kesihatan Mental Kanye West Dikhuatiri Menjadi Teruk Selepas Perceraian

Kesihatan Mental Kanye West Dikhuatiri Menjadi Teruk Selepas Perceraian

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dua hari lalu, dunia hiburan digemparkan dengan berita yang selama ini menjadi teka-teki di kalangan peminat. Kim Kardashian akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya, Kanye West.

Dan berita ini tentunya mengundang rasa gusar di kalangan peminat Kanye yang sedia maklum tentang kesihatan mental penyanyi rap itu. Terdapat desas-desus yang mengatakan dia tidak dapat menerima berita perceraian tersebut dengan baik.

Satu sumber memberitahu, Kanye berasa cemas, sedih dan tidak berada dalam keadaan baik setelah mengetahui perkahwinannya selama hampir tujuh tahun telah berakhir.

“Dia tahu hubungan mereka telah berakhir, dan tiada apa yang mampu dia lakukan sekarang. Tiada lagi peluang untuk mereka berdamai.”

Kim Kardashian, Kanye West to renew wedding vows in Paris? | Entertainment  News,The Indian Express
Foto: Reuters

Menurut Page Six, Kanye masih menyimpan harapan untuk menawan kembali hati Kim yang dikenalinya sejak 2003, ketika bintang realiti itu bergelar pembantu kepada penyanyi Brandy.

Pelantun lagu Famous itu dilihat masih menyarung cincin perkahwinannya Rabu lalu di Malibu, manakala jari manis Kim pula kosong tanpa sebarang tanda perkahwinan sewaktu dirakam di kediamannya di Calabasas minggu lalu.

Kim nampaknya telah lama meneruskan hidup tanpa kehadiran Kanye, malah dia tidak memuat naik sebarang ucapan buat suaminya sempena Hari Kekasih yang diraikan minggu lalu.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse