Home > Gaya Hidup > Oceane Cyril Alagia Kisah Cinta Di Tengah Tradisi dan Moden
Oceane Cyril Alagia Kisah Cinta Di Tengah Tradisi dan Moden
Figura yang memberi inspirasi dengan kisah peribadi yang tersimpan rapi. Telah mencuri perhatian ramai, kini dikenali sebagai Oceane Cyril Alagia.
Daripada kehidupan yang tidak banyak diketahui kepada seorang wanita penuh inspirasi, kini melangkah dalam dunia baru dengan penuh keyakinan. Oceane Cyril Alagia diikenali sebagai Oceane Hafiz Alagia, ialah isteri kepada Tengku Muhammed Hafiz, anak kepada ahli politik terkenal Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (juga dikenali sebagai Ku Nan). Perkahwinan mereka pada tahun 2020 menjadi tumpuan ramai kerana skala besar majlis tersebut yang berlangsung semasa pandemik COVID-19. Di sebalik senyuman anggun, terdapat kisah wanita yang kini menjadi sebahagian keluarga terhormat Malaysia.
Oceane Cyril Alagia Milik Tengku Muhammed Hafiz, Ibarat Cincin Dengan Permata.

Ciri-ciri wajahnya yang menawan, dipadankan dengan gaya fesyen yang sentiasa moden dan elegan, mencerminkan citarasa yang tinggi dan sofistikated. Senyuman manis dan ekspresi wajah yang tenang menunjukkan kedalaman peribadinya, memberi gambaran bahawa kecantikannya bukan sekadar luaran, tetapi juga hasil daripada sifat dalaman yang penuh dengan kasih sayang.

Majlis perkahwinan yang telah diadakan pada Disember tahun 2020 buat Oceane dan Tengku Muhammed Hafiz, adalah pertembungan tradisi dan inovasi, di mana cinta dan warisan keluarga bertaut dalam sebuah majlis megah yang disaksikan oleh ribuan mata. Manakala, latar belakang peribadi Oceane sebelum berkahwin dengan Tengku Muhammed Hafiz tidak banyak diketahui, tetapi perkahwinannya menarik perhatian ramai apabila dia mengahwini Tengku Muhammed Hafiz.

Wanita yang cukup menawan dan penuh keaggunan, Oceane Hafiz Alagia memancarkan kecantikan semula jadi dan keanggunan yang memikat hati sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Kecantikannya tidak hanya terletak pada rupa parasnya, tetapi juga pada cara dia membawa dirinya penuh dengan ketenangan, keyakinan, dan keanggunan. Walaupun butiran kehidupan peribadinya sebelum perkahwinan kurang didedahkan, kehadirannya di acara-acara awam sentiasa menarik perhatian ramai kerana pesona dan daya tarikan yang dimilikinya. Sudah pun 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga, cinta gelora hati saling menabur kasih kini bertiga. Naira, nama yang diberikan, puteri kepada Oceane dan Tengku Hafiz.



Artikel Berkaitan: Kenali Tengku Natasya Adnan, Dikhabarkan Pilihan Hati Tengku Muhammad
Sorotan Lain
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
BY Tyraa Bahari
May 28, 2026
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
BY Marissa Suhaila
May 25, 2026
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
BY Syafiqah Alkaf
May 25, 2026
BY Nisa' Halid
May 25, 2026
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
BY Izzati Hailizam
May 24, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
BY Izzati Hailizam
May 20, 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
