Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Timang Cahaya Mata Kedua
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioTahniah diucapkan kepada aktres jelita, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang baru saja menerima kehadiran cahaya mata kedua dalam hidup mereka.
Baru-baru ini, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza telah berkongsi berita gembira bahawa puteri sulung mereka yang diberi nama Inara Raisa dilahirkan pada pukul 8.58 malam di Joondalup Health Campus Public & Private Perth, Australia.
Berita baik itu dikongsikan bersama peminatnya menerusi satu hantaran di Instagram. Berkongsi foto keluarga bahagia, pasangan itu menitipkan kesyukuran atas kurniaan terindah dalam hidup mereka.
Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Timang Cahaya Mata Kedua

“Alhamdulillah, kami kini berempat. Meraikan puteri kami, Inara Raisa yang dilahirkan ke dunia pada hari Jumaat, 31 Mei pada pukul 8.58 malam. Terima kasih kepada semua atas segala doa dan ucapan. Kami bersyukur. Semoga Allah melindungi dan merahmati Inara,” kata mereka.
Pada April lalu pasangan bahagia itu mendedahkan bakal menimang anak perempuan dengan memuat naik video acara gender reveal yang diadakan di kediaman mereka.
“It’s a baby girl! Alhamdulillah” tulis selebriti berusia 29 tahun itu berserta beberapa emoji. Ibu Zahirah, Maslinda Yusoff turut meluahkan keterujaannya dengan berkongsi video sama di akaun Instagram miliknya. “Gender reveal! It’s a GIRLLL,” tulisnya ringkas.
Rakan Selebriti Meraikan Kegembiraan Zahirah MacWilson & Aiman Hakin Ridza
Perkongsian ini mengundang ucapan tahniah dan komen daripada rakan artis termasuk Scha Al-Yahya, Izara Aishah, Fazura, Datin Elvina Mohamad dan Ameera Khan.
“Aiman! Tahniah! Ya Allah sudah lama tidak berjumpa, saya pasti akan singgah apabila ada kelapangan. Congratulations love @zahirahmacwilson” tulis Sharifah Sakinah.
Zahirah mengumumkan berita kehamilan bersama peminat di media sosial pada Disember 2023 sekali gus meluahkan rasa teruja dengan pertambahan ahli keluarga mereka.
Memuat naik video baby bump yang jelas kelihatan, aktres itu juga berkongsi imbasan ultrabunyi. Turut kelihatan butiran terperinci mengenai kandungannya. “Can’t wait for 2024,” tulisnya ringkas.
Aiman turut memuat naik foto imbasan ultrabunyi yang sama termasuk foto isterinya. “2023 is ending can’t wait for 2024. See you number 2. Syukur Alhamdulillah,” titipnya berserta emoji hati.
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
