Mahligai dibina setelah sekembalinya ke tanah air dari berkelana di bumi eropah. American farm house dalam interpretasi moden menjadi rujukan tata gaya kediaman teres tiga setengah tingkat di Cyberjaya; milik suami isteri, Zizi dan Mimi.
Laman sosial Instagram menjadi platform yang menemukan GLAM Deko dengan pemilik kediaman ini. Tertarik dengan setiap gambar-gambar dan cerita pengalaman berserta tip membina mahligai impian menerusi akaun instagram @zizimimiandco; segala butiran diberitahu terperinci memudahkan followers menjadikannya sebagai rujukan dan inspirasi dekor.

Kediaman teres link tiga tingkat setengah ini terzahir penuh teliti dan direalisasikan sendiri oleh Mimi bersama suami. Jelas Mimi, “Struktur siling berganda (double volume) di ruang tamu menawan hati Zizi serta-merta. Malah, projek kediaman ini adalah yang pertama kami lihat dan pertimbangkan setelah kembalinya dari United Kingdom.”
KONSEP TERBUKA
Lapang terbuka menjadi teras reka pelan kediaman ini. Ruang tamu utama, ruang makan, kaunter dapur dan dapur dibina dalam lantai yang sama. Tanpa sebarang dinding atau panel pemisah, pemilik yakin percaturan ini adalah yang terbaik bertepatan corak kerja dan gaya hidup mereka sekeluarga. “Kami gemar merai tetamu, dan saya sama sekali tidak mahu rasa ketinggalan apabila setiap kali berada di dapur menyediakan hidangan buat para tetamu. Konsep terbuka ini secara tidak langsung menjadikan interaksi sosial tuan rumah dan tetamu harmoni tanpa halangan ruang dan menjadikan corak kerja di dapur lancar dan efisien,” cerita Mimi lagi.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
