GLAM Weddings: Jaclyn Victor Berseri Dalam Busana Pengantin Rizman Ruzaini
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioCinta sejati tidak mengenal waktu, dan untuk Jaclyn Victor, kebahagiaan kembali mekar. Dalam suasana yang dipenuhi kasih sayang, penyanyi ini akhirnya kembali bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T Samuel. Pasangan sejoli ini memilih tarikh yang simbolik dan penuh erti, 25 Mei 2025 (25.5.2025), sebagai permulaan kisah cinta abadi.
Majlis perkahwinan berlangsung secara tertutup di sebuah dewan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan artis. Antara selebriti yang hadir termasuk penyanyi Shila Amzah yang turut berkongsi berita gembira ini melalui laman Instagram peribadinya. Kehadiran rakan-rakan seni seperti Marsha Milan juga menjadi saksi kepada detik bahagia pasangan ini.
Pada hari istimewa tersebut, Jaclyn Victor tampil anggun dalam busana rekaan Rizman Ruzaini Bridal Couture. Jaclyn memilih dua gaun yang berbeza untuk majlis perkahwinannya.

Jaclyn mengenakan gaun putih dengan reka bentuk yang ramping, minimal, dan timeless. Gaun ini dihiasi dengan French lace yang dibuat secara handmade pada bahagian lengan, memberikan sentuhan halus kepada siluet yang kemas dan menarik perhatian. Busana minimalisnya mencerminkan keanggunan moden yang tidak lekang oleh zaman.
Untuk resepsi, Jaclyn memilih gaun yang lebih mewah, menampilkan hand-embellished yang kompleks dengan batu permata perak dan manik-manik halus. Siluet berstruktur dengan lengan pendek memberikan penampilan pengantin yang anggun dan feminin.

Penampilan Jaclyn pada hari bersejarah tersebut disempurnakan oleh hasil tangan jurusolek, Sheila Mohamad (@sheila_mohamad) yang memberikan sentuhan glamor yang sempurna untuk melengkapkan keanggunan gaun pengantin Rizman Ruzaini.
Majlis perkahwinan yang penuh makna ini bukan sahaja menjadi detik bahagia bagi pasangan pengantin, tetapi juga perayaan cinta yang telah dipupuk dengan penuh pengertian.
Artikel berkaitan: Jaclyn Victor Amalkan Diet Mengikut Jenis Darah
Artikel Berkaitan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel...
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
GLAM Weddings: El Rumi Sah Suami Buat Syifa Hadju
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
