Home > Gaya Hidup > GLAM Profil: Shaleen Alena Cheah
Tiada apa yang mampu menggalang Shaleen Cheah punya impian beragaman.
AIMING HIGH
Enggan lagi pandang belakang dan berlengah-lengah, Shaleen terus melabuhkan azam yakni menjadi pendahulu fesyen tanah air.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM penulis ARDI IDEWANI arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan & dandanan CHOMEL
Tingkat pengalaman mengajarnya. Dia tidak mengekor di belakang orang lain. Sebaliknya tanpa menaruh rasa sangsi, Shaleen Alena Cheah berdikari. Lima tahun yang lalu, dia buang rasa terbata-bata. Dia berani mengambil risiko. Membulatkan tekad untuk mengasaskan sebuah empayar fesyen. Nama jenamanya? Nama senama – Shaleen Cheah. Mundar laju dari lima tahun yang lalu ke masa sekarang, tercungkil pilihan hidup dalam sanubarinya untuk menjadi pengasas dan pemilik jenama fesyen serta pereka fesyen sepenuh masa. “Never had a moment where I felt like quitting,” tegas Shaleen, yang kelihatan bersungguh-sungguh.
Setelah ‘menyepi’ selama 16 tahun, Shaleen kembali meligatkan aksi. Dahulu bermukim di Dubai, kini dia di Malaysia. Bergelora semangatnya untuk mengetengahkan jenama Shaleen Cheah di persada fesyen lokal. Dia sudah menyampul impian untuk memahat nama ‘Shaleen Cheah’ di sini. Tempat lahirnya. “Atau kelak kemudian di persada antarabangsa? Saya tidak mahu menundakan harapan. Sekarang pun saya sudah mengembangkan jenama Shaleen Cheah di Dubai, masakan saya tidak mahu melanjutkan perjalanan jenama saya ke destinasi-destinasi antarabangsa lain,” jelas Shaleen.
PENGASAS SHALEEN CHEAH
Tidak pernah rasa lesu. Apalagi merasa kesal. Shaleen melompat-lompat bidang kerja kerana dia berpendirian bahawa alangkah eloknya jika tidak memakukan umbi kaki pada satu tempat sahaja. “You can’t stay in one lane all the time. You are meant to explore!” Jelas Shaleen. Atas dasar itulah dia meninggalkan lapangan hiburan dan sukan – jika masih ingat Shaleen pernah berlakon, modelling dan dia juga adalah seorang atlet negara. Kemudiannya, dia ke dunia korporat yakni bidang kewangan. Selepas itu, barulah Shaleen ke lapangan fesyen. “Bagaimana saya boleh terfikir untuk ke lapangan fesyen? Kerana fesyen sudah lama menjadi sebahagian daripada hidup saya. Ibu saya seorang tukang jahit dan saya juga mahir dalam bab menjahit. Adakalanya, saya akan menjahit baju-baju saya sendiri. Kerana saya mahu mencipta sesuatu yang saya bisa pakai dan merasa bangga atas hasilan sendiri.”
Sama ada harga pakaian di butik membumbung tinggi tak masuk dek akal mahupun kualiti tidak memuaskan, antara sebab Shaleen lebih senang untuk menjahit pakaiannya sendiri. Luah rasa suka dan ucapan tahniah daripada teman-teman yang berkecambah menjadi keberanian untuk membuka niaga. Sehinggalah mengasaskan jenama sendiri dan berjaya menghimpun klien-klein serta menerima tempahan.

Anggun dalam persalinan kreasinya sendiri, Shaleen mencerminkan wanita mewah ultra-moden disuntik gaya glamor.
Sama ada harga pakaian di butik membumbung tinggi tak masuk dek akal mahupun kualiti tidak memuaskan, antara sebab Shaleen lebih senang untuk menjahit pakaiannya sendiri. Luah rasa suka dan ucapan tahniah daripada teman-teman yang berkecambah menjadi keberanian untuk membuka niaga. Sehinggalah mengasaskan jenama sendiri dan berjaya menghimpun klien-klein serta menerima tempahan.
Ketika jenama Shaleen Cheah masih hijau dan baharu mendaki banjaran fesyen, Shaleen umpama one woman show. Segalanya dia buat sendiri. Daripada proses mereka, ke pembuatan pola, ke menjahit sampailah terhasilnya pakaian. “Namun kini, saya sudah mempunyai pasukan kreatif sendiri. Walaupun masih dalam ‘skala’ kecil lagi, but we’re getting there,” kata Shaleen. Shaleen menjadi lebih serius apabila dia mula mengambil bahagian di Dubai Fashion Weekend untuk mempersembahkan koleksinya. Sokongan teman-teman, malah daripada orang-orang yang dia tidak kenal, menjentik kesedaran bahawa, “Inilah kehidupan saya yang sekarang. Seorang pereka fesyen.”SEORANG YANG SUKAKAN GLAMOR. TIDAK GENTAR UNTUK MENONJOLKAN DIRI DI KHAYALAK. SEORANG WANITA YANG PRAKTIKAL — SHALEEN CHEAH
See Also
Alex Rodriguez Beri Respons Jenaka Mengenai Hubungan Romantis Bennifer
GLAM Junior : Baby Shower Anak Sulung Nabila Razali
Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas
Priyanka Chopra & Nick Jonas Berkongsi Aksi Nakal Di Instagram
A-List GLAM: Kim Raymond
Volvo EX30 Kini Di Malaysia Dengan Teknologi Dan Keselamatan Yang Canggih![]()
Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Anne Rajasaikaran
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
