Related Stories
Home > Gaya Hidup > Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Peranti Terkini, Samsung Galaxy Tab S9
Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Peranti Terkini, Samsung Galaxy Tab S9
Samsung Galaxy Tab S9 mampu memberikan pengalaman premium, lebih daripada sekadar tablet biasa!
Hadir dengan tiga produk siri galaxy iaitu Galaxy Tab S9, S9+ dan S9 Ultra, ketiga-tiga memiliki paparan Dynamic AMOLED 2X menjamin pengalaman tontonan dan hiburan yang epik dengan kuasa Qualcomm Snapdragon® 8 Gen 2 untuk Galaxy. S Pen terpasang bertaraf IP68 membantu menghidupkan idea pengguna. Dan sebagai siri Galaxy Tab S pertama untuk memperoleh penarafan IP68, siri Galaxy Tab S9 membolehkan pengguna untuk berinspirasi, di dalam dan di luar.
“Tiada peranti seperti Galaxy Tab S9 di pasaran hari ini. Selaku pemerintis sebenar dalam kategorinya, ia adalah peranti yang pertama seumpamanya untuk menyampaikan pengalaman tablet yang paling disukai pengguna dalam satu reka bentuk premium yang lengkap,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics.
Tambahnya lagi, “Siri Galaxy Tab S9 secara tidak langsung memberikan sumber ilham terbesar buat pengguna.”
Kandungan hiburan pada siri Galaxy Tab S9 dipertingkatkan dengan prestasi audio yang meluas, disampaikan melalui pembesar suara quad 20% yang lebih besar, menurut sistem pembesar suara AKG dan suara imersif Dolby Atmos. Untuk memastikan pengalaman bunyi sinematik, pengguna Galaxy Tab S9 juga diberi pilihan daripada pelbagai tetapan bunyi tersuai sama ada untuk permainan video, mendengar muzik, menerima panggilan video dan banyak lagi. Bagi mereka yang ingin menikmati hiburan mereka di luar rumah, ciri Vision Booster yang inovatif kini hadir pada siri Galaxy Tab S9. Ia secara automatik mengesan keadaan pencahayaan terang dan menyesuaikan diri untuk memastikan skrin kekal terang. Dan dengan Smart Book Cover yang berupaya berdiri sendiri, laraskan peranti kepada orientasi potret atau landskap untuk pengalaman tontonan bebas daripada genggaman tangan.
Siri Galaxy Tab S9 kini lebih canggih berbanding sebelumnya. Setiap peranti dilengkapi dengan Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy, pemproses mudah alih sepantas kilat yang berada dalam telefon pintar terbaharu Samsung. Buat pertama kali pada tablet Galaxy, teknologi ruang wap canggih memudahkan penstriman lasak, permainan atau maraton penyuntingan video. Berikutan kerjasama rapat dengan rakan kongsi peneraju industry permainan, pengguna Galaxy Tab S9 bakal menerima manfaat daripada pengalaman permainan skrin besar yang dioptimumkan.
Setiap peranti Galaxy Tab S9 premium dilengkapi dengan satu-satunya alat tablet yang paling disukai dan diingini oleh pengguna: Galaxy S Pen. Dengan pengalaman menulis pada kertas sebenar, siri Galaxy Tab S9 dan S Pen kini kedua-duanya mempunyai penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk, lantas membolehkan lebih banyak lagi kemungkinan untuk pengguna menghidupkan dan menjiwai sebarang idea dan ilham. S Pen juga boleh digunakan untuk menulis dalam bar carian, pelayar imbas dan kedai aplikasi, manakala ciri pengecasan dua arah baharu memastikan ia mendapat kuasa tidak kira di mana ia menghadap semasa berada dalam buaian simpanannya. Pengguna juga boleh menaik taraf kepada S Pen Creator Edition yang menawar pengalaman yang lebih premium. S Pen Creator Edition direka dengan bahan bertekstur untuk cengkaman yang selesa dan darjah kecondongan yang lebih luas untuk membolehkan penciptaan yang lebih intuitif.
Paparan mengasyikkan siri Galaxy Tab S9 mencerahkan kesemua projek pengguna dengan penuh teliti dan ketara. Dengan ciri Multi Window, pengguna boleh mengguna sehingga ke tiga aplikasi dalam paparan susuan grid tetingkap mudah laras. Optimumkan penggunaan pelayar imbas, dengan merujuk kepada imej daripada Samsung Gallery di samping mencatit idea dalam Samsung Notes, semuanya secara serentak dalam satu paparan. Manfaatkanlah ciri Pop-Up View, dengan menggunakan aplikasi dalam tetingkap terapung sambil masih menunjukkan skrin utama penuh.
Apabila mengembara atau bekerja semasa dalam perjalanan, Book Cover Keyboard dan ciri DeX Mode siri Galaxy Tab S9 menawarkan pengalaman-guna desktop dengan kemudahan penuh tablet mudah alih. Sudut darjah mudah laras Book Cover keyboard dan pad kekunci bercahaya belakang memberikan pengalaman seperti PC yang ringan. Sementara itu, ciri DeX Mode mempunyai kursor yang mudah diikuti, ciri saiz semula dan kedudukan tetingkap yang fleksibel, dan keupayaan Second Screen untuk mencerminkan atau memanjangkan skrin dari PC ke tablet. Dalam suatu panggilan Google Meet, pengguna boleh bekerjasama dengan lebih mudah dengan perkongsian skrin dan kebolehan mengedit dokumen Samsung Notes serentak, secara langsung.
Direka untuk mencetus produktiviti secara spontan serta meningkatkan kreativiti, siri Galaxy Tab S9 bakal memperkasakan portfolio kreatif pengguna dengan aplikasi baharu yang dipertingkatkan untuk setiap minat peribadi. Ciri GoodNotes kegemaran pengguna menawarkan pengalaman mencatat nota dan jurnal baharu pada Android buat kali pertama, dilancarkan secara eksklusif untuk pengguna tablet Galaxy. Selain itu, nota yang dibuat dalam GoodNotes pada semua platform mudah dikongsi dan diedit bersama dengan serentak.
Aplikasi penyuntingan video LumaFusion untuk pengguna tahap pro memudahkan kerja dengan ciptaan kandungan boleh-kongsi. Imej dan video — dan juga fail besar — yang ditangkap pada kamera telefon pintar Galaxy anda boleh dikongsi dengan mudah ke siri Galaxy Tab S9 dengan ciri Quick Share. LumaFusion memanfaatkan sepenuhnya skrin luas Galaxy Tab S9 Ultra untuk memastikan pengeditan video yang tepat.
Clip Studio Paint telah diubah menjadi antaramuka tablet yang dikhusukan untuk melukis, melukis dan banyak lagi. Sementara itu, ArcSite memperkasakan pereka profesional dengan kebolehan membina pelan tindakan CAD 2D dengan teliti, pelan tapak yang komprehensif dan anggaran yang tepat. Berkat kerjasama rapat dengan Google untuk mengoptimumkan pengalaman skrin besar, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada aplikasi rakan kongsi untuk menyelesaikan tugas dengan mudah dan merealisasikan sebarang idea pada siri Galaxy Tab S9.
Siri Galaxy Tab S9 akan tersedia di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023 dan boleh dapati pada harga serendah RM4,199. Layari di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Pautan Berkaitan: Samsung Galaxy Watch6, Jam Pintar Mesti Miliki!
Pengalaman Luar Biasa Bersama Siri Samsung Galaxy Tab S9
Tidak kira sama ada menikmati permainan atau menonton video, paparan Dynamic AMOLED 2X 14.6 inci Galaxy Tab S9 Ultra memberikan pengalaman hiburan yang paling mengasyikkan. HDR10+ siri Galaxy Tab S9 menghidupkan kandungan kegemaran dengan pelbagai warna dan kecerahan optimum bagi setiap adegan yang anda tonton di skrin ini. Kadar penyegaran dinamik siri Galaxy Tab S9 melaraskan dari 60 hingga 120Hz secara automatik untuk mengimbangi keresponsif lancar dengan kecekapan bateri yang telah dioptimumkan. Ciri Eye Comfort juga mengurangkan ketegangan mata dengan cahaya biru yang telah dikurangkan lebih daripada 70 peratus. Ia menghidupkan butiran yang terperinci, menampakkan kandungan seperti fotografi, pelan tindakan, animasi dan banyak lagi dengan jelas sekali. Selain itu, nisbah aspek 16:10 pada tablet ini mampu mempersembahkan kandungan TV dan filem dengan penuh menyeronokkan.
Kandungan hiburan pada siri Galaxy Tab S9 dipertingkatkan dengan prestasi audio yang meluas, disampaikan melalui pembesar suara quad 20% yang lebih besar, menurut sistem pembesar suara AKG dan suara imersif Dolby Atmos. Untuk memastikan pengalaman bunyi sinematik, pengguna Galaxy Tab S9 juga diberi pilihan daripada pelbagai tetapan bunyi tersuai sama ada untuk permainan video, mendengar muzik, menerima panggilan video dan banyak lagi. Bagi mereka yang ingin menikmati hiburan mereka di luar rumah, ciri Vision Booster yang inovatif kini hadir pada siri Galaxy Tab S9. Ia secara automatik mengesan keadaan pencahayaan terang dan menyesuaikan diri untuk memastikan skrin kekal terang. Dan dengan Smart Book Cover yang berupaya berdiri sendiri, laraskan peranti kepada orientasi potret atau landskap untuk pengalaman tontonan bebas daripada genggaman tangan.
Siri Galaxy Tab S9 kini lebih canggih berbanding sebelumnya. Setiap peranti dilengkapi dengan Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy, pemproses mudah alih sepantas kilat yang berada dalam telefon pintar terbaharu Samsung. Buat pertama kali pada tablet Galaxy, teknologi ruang wap canggih memudahkan penstriman lasak, permainan atau maraton penyuntingan video. Berikutan kerjasama rapat dengan rakan kongsi peneraju industry permainan, pengguna Galaxy Tab S9 bakal menerima manfaat daripada pengalaman permainan skrin besar yang dioptimumkan.
Lebih Mudah Dan Cukup Versatil
Setiap peranti Galaxy Tab S9 premium dilengkapi dengan satu-satunya alat tablet yang paling disukai dan diingini oleh pengguna: Galaxy S Pen. Dengan pengalaman menulis pada kertas sebenar, siri Galaxy Tab S9 dan S Pen kini kedua-duanya mempunyai penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk, lantas membolehkan lebih banyak lagi kemungkinan untuk pengguna menghidupkan dan menjiwai sebarang idea dan ilham. S Pen juga boleh digunakan untuk menulis dalam bar carian, pelayar imbas dan kedai aplikasi, manakala ciri pengecasan dua arah baharu memastikan ia mendapat kuasa tidak kira di mana ia menghadap semasa berada dalam buaian simpanannya. Pengguna juga boleh menaik taraf kepada S Pen Creator Edition yang menawar pengalaman yang lebih premium. S Pen Creator Edition direka dengan bahan bertekstur untuk cengkaman yang selesa dan darjah kecondongan yang lebih luas untuk membolehkan penciptaan yang lebih intuitif.
Paparan mengasyikkan siri Galaxy Tab S9 mencerahkan kesemua projek pengguna dengan penuh teliti dan ketara. Dengan ciri Multi Window, pengguna boleh mengguna sehingga ke tiga aplikasi dalam paparan susuan grid tetingkap mudah laras. Optimumkan penggunaan pelayar imbas, dengan merujuk kepada imej daripada Samsung Gallery di samping mencatit idea dalam Samsung Notes, semuanya secara serentak dalam satu paparan. Manfaatkanlah ciri Pop-Up View, dengan menggunakan aplikasi dalam tetingkap terapung sambil masih menunjukkan skrin utama penuh.
Apabila mengembara atau bekerja semasa dalam perjalanan, Book Cover Keyboard dan ciri DeX Mode siri Galaxy Tab S9 menawarkan pengalaman-guna desktop dengan kemudahan penuh tablet mudah alih. Sudut darjah mudah laras Book Cover keyboard dan pad kekunci bercahaya belakang memberikan pengalaman seperti PC yang ringan. Sementara itu, ciri DeX Mode mempunyai kursor yang mudah diikuti, ciri saiz semula dan kedudukan tetingkap yang fleksibel, dan keupayaan Second Screen untuk mencerminkan atau memanjangkan skrin dari PC ke tablet. Dalam suatu panggilan Google Meet, pengguna boleh bekerjasama dengan lebih mudah dengan perkongsian skrin dan kebolehan mengedit dokumen Samsung Notes serentak, secara langsung.
Direka untuk mencetus produktiviti secara spontan serta meningkatkan kreativiti, siri Galaxy Tab S9 bakal memperkasakan portfolio kreatif pengguna dengan aplikasi baharu yang dipertingkatkan untuk setiap minat peribadi. Ciri GoodNotes kegemaran pengguna menawarkan pengalaman mencatat nota dan jurnal baharu pada Android buat kali pertama, dilancarkan secara eksklusif untuk pengguna tablet Galaxy. Selain itu, nota yang dibuat dalam GoodNotes pada semua platform mudah dikongsi dan diedit bersama dengan serentak.
Aplikasi penyuntingan video LumaFusion untuk pengguna tahap pro memudahkan kerja dengan ciptaan kandungan boleh-kongsi. Imej dan video — dan juga fail besar — yang ditangkap pada kamera telefon pintar Galaxy anda boleh dikongsi dengan mudah ke siri Galaxy Tab S9 dengan ciri Quick Share. LumaFusion memanfaatkan sepenuhnya skrin luas Galaxy Tab S9 Ultra untuk memastikan pengeditan video yang tepat.
Clip Studio Paint telah diubah menjadi antaramuka tablet yang dikhusukan untuk melukis, melukis dan banyak lagi. Sementara itu, ArcSite memperkasakan pereka profesional dengan kebolehan membina pelan tindakan CAD 2D dengan teliti, pelan tapak yang komprehensif dan anggaran yang tepat. Berkat kerjasama rapat dengan Google untuk mengoptimumkan pengalaman skrin besar, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada aplikasi rakan kongsi untuk menyelesaikan tugas dengan mudah dan merealisasikan sebarang idea pada siri Galaxy Tab S9.
Siri Galaxy Tab S9 akan tersedia di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023 dan boleh dapati pada harga serendah RM4,199. Layari di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Pautan Berkaitan: Samsung Galaxy Watch6, Jam Pintar Mesti Miliki!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
