Alia Bhatt Tewaskan Jennifer Lopez & Chris Hemsworth
Body Shaming Belum Berakhir, Kali Ini Ariana Grande Bersuara!
Asyik Bergaduh Dengan Pasangan? Ini Tip Bahagia Wajib Anda Tahu
Dusit Thani Bangkok Kembali dengan Rekaan Dalaman Menawan oleh André Fu Studio
Apa Kaitan Kim Kardashian Dengan Skandal 1MDB?
Home > Gaya Hidup > Kenali Barre, Senaman Pilihan IT Girl Masa Kini

Kenali Barre, Senaman Pilihan IT Girl Masa Kini

Berinspirasikan gerakan balet klasik, senaman barre menggabungkan elemen daripada yoga dan pilates untuk menghasilkan latihan yang memfokuskan kepada kekuatan, keseimbangan serta fleksibiliti tubuh. Jika anda sedang mencari senaman pilihan IT Girl generasi kini, barre adalah sejenis rutin kecergasan yang dapat menawarkan pelbagai kebaikan. Berbeza daripada senaman berintensiti tinggi, barre memberi penekanan kepada gerakan kecil yang terkawal dan berulang, lazimnya dilakukan dengan bantuan palang balet atau barre. Setiap pergerakan dirangka untuk menyasarkan kumpulan otot tertentu seperti paha, punggung, perut dan lengan, sekali gus membantu membina tubuh yang lebih kuat dan toned tanpa menambah saiz otot secara berlebihan. GLAM himpunkan kelebihan senaman barre yang menjadikannya pilihan IT Girl masa kini.

Ini 5 Kelebihan Sukan Barre Yang Anda Perlu Tahu!

1. Membentuk otot dengan gerakan halus

Kenali Barre, Senaman Pilihan IT Girl Masa Kini Keistimewaan barre terletak pada gerakan mikro yang kelihatan lembut, tetapi memberi impak mendalam kepada otot. Setiap pergerakan kecil yang diulang sewaktu senaman itu bukan sahaja menguatkan otot teras, paha dan glutes, malah membentuk tubuh secara seimbang dan toned. Dengan konsistensi latihan, anda akan memperoleh bentuk tubuh yang kelihatan proportionate dan definisi otot yang halus. 

2. Memperbaiki postur badan

Salah satu keistimewaan barre adalah keupayaannya untuk membantu anda memperbaiki postur tubuh. Setiap gerakan menekankan penjajaran badan dan kestabilan teras sekaligus membantu otot-otot penting berfungsi secara seimbang. Hasilnya, anda boleh kelihatan lebih rapi dan anggun, serta rasa lebih yakin ketika berdiri atau berjalan. Dengan rutin yang konsisten, barre mampu menjadikan tubuh anda lebih bertenaga, seimbang, dan tampak elegan. Lantas, persis sama seperti gaya IT Girl yang sentiasa memancarkan aura keyakinan.

3. Meningkatkan fleksibiliti badan

Kenali Barre, Senaman Pilihan IT Girl Masa Kini Senaman barre turut memberi fokus kepada regangan otot yang diilhamkan daripada yoga dan balet. Setiap gerakan direka untuk melonggarkan otot sambil mengekalkan kawalan tubuh, sekali gus meningkatkan kelenturan badan secara menyeluruh. Dengan fleksibiliti yang lebih baik, pergerakan harian anda akan menjadi lebih lancar dan tubuh terasa lebih ringan.

4. Meningkatkan mood dan tenaga positif

Kenali Barre, Senaman Pilihan IT Girl Masa Kini Selain membantu anda membentuk tubuh yang lebih sculpted, senaman barre turut menyokong anda untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan harian. Jika anda meletakkan fokus kepada pergerakan lembut, ia dapat meningkatkan keseimbangan minda dan tubuh serta mewujudkan tenaga yang lebih positif. Dengan rutin ini, bukan sahaja tubuh tampak anggun, malah minda anda juga lebih stabil dan segar. 

5. Senaman lembut yang mesra sendi

Kenali Barre, Senaman Pilihan IT Girl Masa Kini Barre tergolong dalam kategori senaman berimpak rendah. Ia sesuai untuk semua tahap kecergasan, daripada individu yang baru berjinak dalam senaman hingga penggemar rutin aktif. Penggunaan peralatan seperti ballet barre, bola senaman dan dumbbells turut menjadikan sukan itu lebih mudah diikuti.  Artikel berkaitan: Hidup Sibuk Dan Aktif? Ini Tip Meal Prep Untuk Hidup Sihat Dan Mudah