Related Stories
Kerabat & Selebriti Yang Bakal Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles
Hanya tinggal lebih sebulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya upacara pertabalan Raja Charles III dan isterinya, Raja Permaisuri Camilla.
Acara yang bakal berlangsung selama tiga hari di kota London itu akan dimulakan dengan dua perarakan dan upacara keagamaan pada 6 Mei, diikuti dengan konsert gemilang di Istana Winsdor pada keesokan hari. Walaupun ramai artis menolak jemputan untuk membuat persembahan pada hari pertabalan Raja Charles, masih ada barisan selebriti kelas-A yang dijangka hari ke istiadat bersejarah itu.

Foto: Getty Images
Ini senarai tetamu yang disahkan akan hadir, serta mereka yang masih belum mengesahkan kehadiran atau tidak akan muncul sama sekali.
Senarai Yang Terlepas Peluang Menghadiri Istiadat Pertabalan
Meghan Markle, Putera Archie & Puteri Lilibet
Duchess of Sussex tidak akan menyertai suaminya ke hari pertabalan walaupun menerima jemputan. Meghan Markle dilaporkan melepaskan peluang itu untuk menjaga dua anak mereka, Putera Archie dan Puteri Lilibet di kediaman mereka di California. Malah Putera Archie turut meraikan ulang tahun keempatnya pada hari sama. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan dia tidak mempunyai hubungan baik dengan kerabat Britain terutama selepas wawancara eksklusif bersama Oprah Winfrey dan pelancaran memoir Spare.:max_bytes(150000):strip_icc():focal(979x638:981x640)/Prince-Harry-and-Meghan-Family-Holiday-Card-6cbf7caa72db41efa19301df559a3e43.jpg)
Foto: Alexi Lubomirski
Joe Biden
Presiden Amerika Syarikat dilaporkan tidak akan hadir dan mengesahkan sendiri perkara itu kepada Raja Charles melalui panggilan telefon. Bagaimanapun isterinya, Jill Biden akan hadir menggantikan tempatnya.
Foto: AP
Elton John
Penyanyi yang merupakan teman rapat mendiang Puteri Diana ini mengesahkan tidak akan hadir ke istiadat pertabalan. Dia turut menolak jemputan untuk membuat persembahan pada upacara itu disebabkan konflik jadual.Foto: Shutterstock
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
