YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Digital Perniagaan Islamik
George & Amal Clooney Dermakan RM4.28j Buat Kekangan Keganasan
Taylor Swift Berdepan Dengan Kes Saman Untuk Lagu Hit “Shake It Off”
Marc Jacobs Buka Akaun Instagram
Alexander “The Ripper” McQueen
Home > Uncategorized > Kylie Jenner Bakal Membintangi Rancangan Realitinya Sendiri

Kylie Jenner Bakal Membintangi Rancangan Realitinya Sendiri

Mogul kosmetik muda Kylie Jenner yang mula menempa nama dalam industri hiburan melalui kemunculannya dalam rancangan realiti bersiri Keeping Up With The Kardashians, bakal mendapat rancangan realitinya sendiri.

 

Menurut laporan daripda E!, rancangan Jenner itu telah diberi nama ‘Life of Kylie’ juga merupakan siri dokumentari bakal ditayangkan pada musim panas ini dengan bilangan lapan episod kesemuanya.

 

Rancangan ini akan mempamerkan kehidupan peribadi Kylie Jenner (lebih daripada apa yang dia kongsikan di Snapchat) dan mengupas personaliti Kylie Jenner sebagai seorang bintang realiti dan usahawan muda. Jauh daripada bayangan kakak-kakaknya.

 

“Beberapa tahun ini merupakan satu perjalanan yang luar biasa buat saya dengan sokongan daripada peminat-peminat. Rancangan ini akan membolehkan saya untuk menunjukkan perkara-perkara menarik yang saya sedang lakukan dan juga sedikit waktu peribadi bersama saya dan rakan-rakan,” terang Jenner dalam satu kenyataan.