Lelaki Paling Kacak di Dunia 2025: 10 Jejaka Paling Menawan Yang Gegarkan Dunia!
Phoebe Waller-Bridge & Donald Glover: The New Brangelina?
GLAM Diari: M Social Resort Penang Percutian Dengan Jiwa Pulau Pinang
Samsung Pupuk Semangat Dengan ‘Solve for Tomorrow’ 2024
Paris Hilton & Nicole Richie Kembali Bersatu Dalam The Simple Life Selepas 21 Tahun
Home > Gaya Hidup > Meghan Markle Beri Penghormatan Istimewa Buat Mendiang Puteri Diana

Meghan Markle Beri Penghormatan Istimewa Buat Mendiang Puteri Diana

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Putera Harry dan Meghan Markle membuat pengumuman pada 14 Februari lalu bahawa mereka kini sedang menanti kehadiran cahaya mata kedua.

Menariknya, tarikh pengumuman yang dipilih mempunyai makna yang cukup istimewa buat Markle dan suami. Bukan sahaja kerana ia diumumkan pada hari penuh kasih sayang, Valentine’s Day, malah juga kerana ia merupakan tarikh yang sama mendiang Puteri Diana mengumumkan dia hamil Putera Harry, yang juga cahaya mata kedua.

“Genap 37 tahun lalu Puteri Diana berkongsi kepada dunia bahawa dia sedang hamil Putera Harry,” wartawan Diraja, Omid Scobie menulis ciapan di Twitter berserta keratan akhbar hitam putih di mana mendiang Puteri Diana menghiasi kulit hadapan The Daily Express pada 1984. Artikel tersebut berjudul ‘Valentine’s Day joy for Charles and Diana.’

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse