Loading media...

Unable to load content
Idea Hadiah Hari Bapa Mewah & Eksklusif 2025, Pasti Buatnya Terharu
Billie Eilish Dedah Kehidupan Peribadi Dalam Dokumentari The World’s A Little Blurry
Eyka Farhana Memilih Akhyar Rashid, Ikat Tali Pertunangan Ogos Lalu
GBC Love Wellness: 5 Selebriti Wellness Fitness Instructor Pilihan GLAM
Selena Gomez Teruja, Billie Eilish Guna Rare Beauty Untuk Vanity Fair
Home > Gaya Hidup > Mira Filzah Tercalon Untuk 100 Wanita Tercantik 2020

Mira Filzah Tercalon Untuk 100 Wanita Tercantik 2020

Selepas Fattah Amin, kini giliran pelakon wanita kesayangan ramai ini pula menerima pencalonan dalam senarai yang dikeluarkan oleh media antarabangsa, TC Candler.

Mira Filzah menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020, sebaris dengan nama-nama besar seperti Billie Eilish, Demi Lovato, Son Ye-Jin, Park Shin-Hye, Emma Stone, Bella Hadid dan ramai lagi.

Dia merupakan salah seorang daripada tiga calon yang berhijab, selain pelakon Indonesia, Citra Kirana dan personaliti media sosial Maghribi, Ihssane Benalluch.

https://www.instagram.com/p/CIrfPzCnoDb/

Pencalonan dibuat berdasarkan undian dan komen yang dihantar oleh peminat ke saluran YouTube rasmi TC Candler, sebelum pemilihan terakhir untuk 100 Wanita Tercantik dan 100 Lelaki Terkacak 2020 dibuat. Pada November lalu, Fattah Amin turut dinamakan sebagai calon 100 Lelaki Terkacak 2020.

Tahun lalu, gelaran ini dimenangi oleh Jungkook(BTS) dan Tzuyu (TWICE).

Foto: Instagram

Baca: Senarai Selebriti Yang Meraih Pendapatan Tertinggi Pada 2020