Nick Cannon Berduka Atas Pemergian Cahaya Mata Bongsu Akibat Kanser
Ini 5 Aktiviti Istimewa Sempena Hari Ibu 2026
Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati
Perkhidmatan Mewah Mercedes-Benz di Terminal KLIA
Impresi Pertama Samsung Galaxy Ring: Peranti Pintar Wajib Miliki
Home > Gaya Hidup > Pemanduan Selesa Dan Lancar Bersama Audi Q7 S Line

Pemanduan Selesa Dan Lancar Bersama Audi Q7 S Line

Lebih besar, lebih bijak, dan lebih yakin daripada sebelumnya. GLAM pandu uji Audi Q7 S Line edisi terkini memandu lancar dari Kuala Lumpur hingga ke Pantai Timur.

 Audi Q7 S Line

GLAM dijemput untuk pandu uji secara eksklusif bersama SUV mewah, Audi Q7 S Line. Enjin 3.0L TFSI V6 berkapasiti 340hp sehebat labelnya. Sistem quattro All-Wheel Drive mengagihkan kuasa ke empat roda dengan bijak, memberikan keyakinan yang nyata ketika menukar lorong pada kelajuan tinggi. Pada kelajuan lebuh raya, kabin Q7 S Line adalah fenomena akustik yang mengagumkan. Pada 110 km/j, hingar dalaman terasa sangat rendah setanding dengan sedan mewah Eropah, bukan SUV berbadan besar. Pada 130 km/j pun, anda masih boleh berbual dengan selesa tanpa perlu meninggikan suara. Kredit besar kepada tingkap kaca akustik dwi-lapisan yang menjadi piawaian trim S Line ini. Stereng terasa sedikit lebih berat berbanding varian standard kerana ini adalah pilihan yang terbaik untuk memberikan pengalaman di jalanan yang lebih baik.

KESELESAAN JARAK JAUH

Selepas dua jam lebih di belakang stereng merentasi laluan Kuala Lumpur ke Pantai Timur, saya masih bertenaga seperti baru sahaja memandu! Tempat duduk pemandu dilengkapi sokongan lumbar elektrik 4-hala dan ventilasi kombinasi yang tidak ternilai dalam iklim Malaysia yang lembap. Profil alas tempat duduk juga menampung paha dengan sempurna tanpa menekan belakang lutut, yang sering menjadi punca keletihan dalam perjalanan jauh.

Sistem adaptive air suspension menghalang anda dari terasa hentaman akibat jalan rosak seperti lubang atau permukaan tidak rata. Q7 S Line bukan sekadar menambah skrin malah ia menyusun semula cara maklumat disampaikan kepada pemandu. Virtual Cockpit Plus seluas 12.3 inci memaparkan apa yang anda perlukan pada waktu yang tepat, tanpa rasa berselerak. Beberapa ciri tambahan seperti  Apple CarPlay dan Android Auto secara tanya wayar menyambung dalam masa dua saat selepas pintu dibuka. Sistem kawalan iklim empat-zon bebas membolehkan setiap bahagian kereta ditetapkan suhu berlainan  tiada lagi perdebatan tentang siapa yang rasa sejuk atau panas. Kamera 360 darjah memudahkan parkir di tempat sempit seperti di bawah tanah Pavilion atau Mid Valley, sementara Head-Up Display memproyeksikan arahan navigasi terus ke cermin hadapan supaya mata pemandu tidak perlu beranjak dari jalan.

 Audi Q7 S Line

Q7 S Line menyediakan ruang yang luas yang memuatkan sebanyak tujuh tempat duduk dan kapasiti ruang kargo yang luas., Rekabentuk ruang kargo yang rata sempurna tanpa lekukan ganjil yang boleh merosakkan bagasi anda. Penutup kargo elektrik pula mengalih dengan satu sentuhan. Q7 S Line dilengkapi adaptive air suspension sebagai piawaian. Dalam mod Comfort, suspensi ini menyerap jalan rosak dengan lembut. Dalam mod Dynamic, ia menjadi lebih tegas tetapi masih jauh dari tidak selesa. Rim 21 inci memang mengorbankan sedikit penyerapan berbanding rim varian standard, tetapi perbezaan itu hanya terasa ketara pada jalan berbatu halus yang jarang ditemui dalam perjalanan harian di Malaysia. Audi Q7 S Line adalah SUV menambah personaliti tanpa mengorbankan kepraktisan, dan itulah yang menjadikannya pilihan paling bernilai dalam keseluruhan senarai varian Q7.

Artikel berkaitan Audi A3 Sedan S Line Menjulang Gaya, Keunggulan Dan Prestasi