Loading media...

Unable to load content
R’Bonney Gabriel, Dinobat Miss Universe dan Ada Kontroversi?
Anugerah Syawal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin
10 Studio Pilates Mewah di Lembah Klang
Barisan Filem Hebat Lakonan Jennifer Lawrence Selain Don’t Look Up
Oscar Curse: 5 Selebriti Hollywood Yang Pernah Mengalaminya
Home > Gaya Hidup > Raja Charles III Umum Gelaran Baharu Buat Tiga Kerabat Britain

Raja Charles III Umum Gelaran Baharu Buat Tiga Kerabat Britain

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tiga bulan mengambil alih tampuk pemerintahan, Raja Charles dilihat sibuk melakukan perubahan dalam keluarga Diraja Britain.

Beberapa hari lalu Istana Buckingham mengumumkan Raja Charles telah memberi gelaran baharu kepada Kate Middleton, Putera William dan Permaisuri Camilla sekali gus mendedahkan tarikh sambutan ulang tahun kelahirannya yang dikenali sebagai Trooping the Colour.

Kate kini secara rasminya bergelar Colonel of the Irish Guard, gelaran yang sebelum ini disandang oleh suaminya. Memandangkan jawatannya diambil alih oleh Puteri Wales, Putera William dilantik pula sebagai Colonel of the Welsh Guards.

Raja Charles turut mengumumkan bahawa Permaisuri Camilla akan berkhidmat sebagai Colonel of the Grenadier Guards, jawatan yang sebelum ini menjadi milik Putera Andrew.

Foto: Getty Images

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse