Panduan Pil Perancang Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu
Panduan Lebih Kemas Dan Selamat Bersama GLC 350 e 4MATIC Coupe
Momen Menarik Jungkook BTS dan Jennie BLACKPINK di Parti Calvin Klein
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Original Supermodel, Tatjana Patitz Menghembuskan Nafas Terakhir

Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati

Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian aktor Angus Cloud pada usia begitu muda, 25 tahun.

Pelakon yang terkenal dengan peranannya sebagai Fezco O’Neill dalam siri Euphoria itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat. Ahli keluarganya mengesahkan khabar duka itu menerusi satu kenyataan rasmi dua hari lalu.

“Dengan berat hati kami terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada insan luar biasa hari ini. Sebagai seorang artis, rakan, abang dan anak lelaki, Angus amat istimewa buat kami semua dalam pelbagai cara. Minggu lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya dan bergelut dengan kehilangan ini. Angus kini bersatu semula dengan bapanya, yang juga rakan baiknya.”

Angus Cloud dilaporkan sukar menerima hakikat kematian bapanya dan ini mengganggu kesihatan mentalnya. Bagaimanapun punca sebenar pemergian pelakon ini masih belum didedahkan. Kehilangannya mengundang duka di hati bintang Hollywood terutama kru dan pelakon siri popular Euphoria.

Ini antara rakan selebriti Hollywood yang meratapi pemergian Angus Cloud

8 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse
Aktres West Side Story, Rachel Zegler meluahkan kesedihannya dalam satu ciapan menyentuh hati. “Ingatlah betapa anda amat disayangi. Dunia ini dengan pantas akan membuatkan anda berasa sebaliknya. Ada banyak sebab untuk bertahan. Dan dunia ini perlukan anda. Oh, Angus. Kami meratapi pemergian anda.”
8 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse