Perjuangan Tengku Puteri Iman Afzan Mengenai Kesihatan Mental Di Peringkat Antarabangsa
DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside Lancar Residensi Seni Untuk Artis Kontemporari Malaysia
Trend Viral TikTok: Gaya Hidup ‘Romanticizing’
Chloe Liem ‘Stay-At-Home Daughter’ Tiktoker Kegemaran Ramai
GLAM Profil: Shukri Shari, Pengarah Kreatif Locka

Rakan Selebriti Ratapi Pemergian Angus Cloud Dengan Mesej Menyentuh Hati

Industri hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian aktor Angus Cloud pada usia begitu muda, 25 tahun.

Pelakon yang terkenal dengan peranannya sebagai Fezco O’Neill dalam siri Euphoria itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di California, Amerika Syarikat. Ahli keluarganya mengesahkan khabar duka itu menerusi satu kenyataan rasmi dua hari lalu.

“Dengan berat hati kami terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada insan luar biasa hari ini. Sebagai seorang artis, rakan, abang dan anak lelaki, Angus amat istimewa buat kami semua dalam pelbagai cara. Minggu lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya dan bergelut dengan kehilangan ini. Angus kini bersatu semula dengan bapanya, yang juga rakan baiknya.”

Angus Cloud dilaporkan sukar menerima hakikat kematian bapanya dan ini mengganggu kesihatan mentalnya. Bagaimanapun punca sebenar pemergian pelakon ini masih belum didedahkan. Kehilangannya mengundang duka di hati bintang Hollywood terutama kru dan pelakon siri popular Euphoria.

Ini antara rakan selebriti Hollywood yang meratapi pemergian Angus Cloud

9 of 9Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
Supermodel Gigi Hadid turut memuat naik satu klip yang menunjukkan mereka menari bersama. Dia menulis, “Berita melihat berita tentang kehilangan Angus. Saya berkesempatan bekerja dengannya hanya beberapa kali. Namun saya terpikat dengan jiwa halusnya dan hatinya yang baik. Semoga dia berehat dengan tenang.” angus cloud   Foto: Getty Images Baca: Keperitan Dilalui Sinead O’Connor 18 Bulan Sebelum Pemergiannya
9 of 9Next
Use your ← → (arrow) keys to browse